Monday, August 31, 2009

Adikku Sayang

Malam awal Ramadhan baru ni aku berSMS dengan adik perempuan aku yang sedang menuntut di Matrikulasi di utara tanahair. Dulu dia sekolah kat Naim Lilbanat. Aku SMS dia: Masih ikut usrah lagi tak?

Masa dia mua-mula masuk Matrik tu, aku yang pergi hantar dia. Masa hari pendaftaran tu, aku perhatikan keadaan sekeliling. Aku cari urusetia pendaftaran yang berfikrah Islam, yang muslimin susah sikit nak kenalpasti. Lalu aku cari yang muslimat. Aku tengok ada seorang urusetia muslimat yang bertudung labuh. Lama juga aku perhati dia dan tunggu peluang yang baik. Tunggu punya tunggu tak ada peluang untuk bersembang dengan dia sebab dia bertugas kat tempat yang sibuk. Ditakdirkan Allah, tiba-tiba ada seorang muslimat lain yang datang berjumpa dengan muslimat tadi. Aku tengok muslimat tu tak berapa sibuk. Sebaik sahaja dia beredar, mata aku terus mengekori. Lepas tu aku tengok dia rilek je. Aku pun pergi dekat dia. Nampak je line clear aku terus start tanya dia beberapa soalan...

Akhirnya setelah berpuas hati dengan sembang tadi aku pun menyerahkan adik aku untuk didakwah kemudian dikaderkan seterusnya ditarbiah.

Adik aku balas SMS: Masih ikut usrah. Tiap-tiap minggu ada.

Alhamdulillah.

Sunday, August 23, 2009

Zainab, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 24

Dilahirkan pada 23 Ogos 1985.

Hari ini 23 Ogos 2009.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 24.

Moga terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

Friday, August 21, 2009

Aku susun memori-memori yang berserakan : Yusibi

Semakin dekat Ramadhan semakin rindu aku pada "Yusibi". Dialah ayah. Dialah guru. Dialah teman. Dialah Mas'ul. Dialah Murabbi.

Aku teringat waktu berbuka puasa sama-sama ngan Yusibi. Kami anjurkan berbuka puasa sama-sama kat surau. Yusibi akan datang untuk masak juadah berbuka puasa sama dengan kami. Aku masih ingat Yusibi masakkan sup daging. Lepas tu dimakan sama dengan ulam cicah budu. Berpeluh aku makan. Masakan Yusibi memang best.

Memang terasa ukhwahnya. Bila aku fikir, Yusibi sanggup luangkan masanya yang padat semata-mata untuk datang memasak bersama-sama kami yang kerdil ini. Ukhwah yang dibina itu tetap teguh di hati. Memori-memori itu sentiasa segar dalam hati aku. Aku rasa penyebabnya adalah kerana keikhlasan dan pengorbanan Yusibi.

Terasa semua itu hanya semalam yang berlalu.

Aku kutip memori-memori yang berserakan : Yusibi

Sebelum aku pegi tengok forum antara dua cinta tadi, aku sempat dengar pengumuman tarikh 1 Ramadhan kat TV3. Katanya hari Sabtu ni 1 Ramadhan.

Aku mula teringat kat mas'ul aku masa kat Sarawak dulu. Dia pakai kod nama "Yusibi". Rapat sangat ngan aku. Aku teringat dia pernah bagi tazkirah pasal Ramadhan. Dia kata lebih kurang macam ni:

" Awak bayangkan satu malam, pintu rumah awak diketuk. Bila awak buka pintu, awak nampak seorang lelaki sedang senyum pada awak. Lelaki tersebut bawa hadiah yang sangat banyak. Awak jemput lelaki tersebut masuk dengan muka seposen je. Macam lelaki tersebut tidak di alu alukan. Bila lelaki itu masuk dengan hadiah-hadiah yang sangat banyak, awak tak layan lelaki tersebut tapi awak sibuk bercerita tentang seorang lelaki lain yang akan datang bulan depan. Awak hiaskan macam-macam untuk lelaki yang satu lagi. Awak tukar langsir. Awak tukar sarung bantal. Awak buat macam-macam jenis kuih dan kek. Bayangkan apa perasaan lelaki yang ada depan awak tu? Lelaki tu datang dengan hadiah-hadiah yang banyak tetapi awak tak pedulikan dia.

Itulah sebenarnya sikap kita bila menjelang Ramadhan. Ramadhan hadir dengan membawa banyak kelebihan dan hadiah dari Allah tapi kita tak hargainya. Kita tak rebut kelebihan dan kebaikan Ramadhan. Alangkah ruginya..."

Selamat Menyambut Ramadhan ya Ustaz...

Saturday, August 15, 2009

Dilihat manis, dipandang manis


Sutera cina dilukis orang
Dilukis cantik dengan dakwat
Laut Cina kami seberang
Sampai di sini membawa hajat

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis, dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Beratur landak mencari makan
Pohon pegaga di depan pintu
Masjid hendak kami dirikan
Dua keluarga hendak disatu

Susun di dinding kertas kajang
Kajang disampul lalu diikat
Hendak dirunding tidak panjang
Elok disimpul lalu diikat

Renang lentang renang tiarap
Terbang menyusur terbang naik
Kita berdoa kita berharap
Mulanya baik akhirnya pun baik

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik sebut dahulu

Pantun ni aku amik dari sini

Friday, August 14, 2009

Perlu hebat memimpin atau hebat tarbiah? = Hebat memimpin kerana hebat tarbiah

Jarang sekali aku terasa ingin menulis mengenai perkara yang 'besar' dan 'berat'. Aku lebih senang untuk menulis mengenai perkara-perkara kecil dan biasa, lantaran kedhaifan diri ini.

Hari ini aku terasa ingin mencuba menulis sedikit semata-mata ingin berkongsi pendapat bukannya kerana menurut emosi dan nafsu. Ada sahabat sms dan berpesan begini;

"Didik hati, jangan ada perasaan terasa dan sakit hati dengan sahabat, perkara inilah yang akan merenggangkan ukhwah."

Ada sahabat melontarkan persoalan, Berorganisasi: perlu hebat memimpin atau perlu hebat tarbiah?

Pertama. Jemaah Islam tak sama dengan Persatuan Penduduk Taman Kesidang atau Persatuan Cina Kg Lapan atau Persatuan Pondan Bandar Melaka atau Kelab Basikal Kg Morten atau Persatuan Penjaja Jonker Walk. Sama sekali tak sama. Ke sama?

Bila dah tak sama, memimpin dan mengurus Jemaah Islam sudah semestinya tak sama dengan memimpin dan mengurus persatuan lain. Memimpin dan mengurus Jemaah Islam bukan semata-mata pada sistem pengurusan yang hebat. Pimpinan jemaah Islam boleh je ambil sistem pengurusan dari mana-mana ceruk sekalipun, dari Amerika ke, Jepun ke, Uganda ke, Brazil ke, Kg Morten ke, Taman Kesidang ke, Jalan Hang Tuah ke, takde masalah. Tetapi memimpin dan mengurus Jemaah Islam bukan hanya sekadar itu. Nak guna SWOT ke, KPI ke, Kaizen ke, 90/10 ke, ape ke, tak kisah lah.

Jemaah Islam ni nak menegakkan Agama Islam. Ini bukan agenda kecil dan remeh. Bukannya untuk agenda duniawi atau kepentingan peribadi. Allah akan memelihara perjuangan ini dan proses penapisan akan berlaku. Allah akan bersihkan perjuangan ini daripada jiwa-jiwa yang tidak ikhlas. Antara cara Allah pelihara perjuangan ini ialah dengan cara Allah turunkan ujian dan kepayahan. Dengan sendirinya mereka yang ikhlas akan istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini, sementara mereka yang punyai niat yang kotor tidak mampu bertahan dan memilih jalan yang lebih senang dari perjuangan ini. Allah dah bagitau dalam Surah Muhammad ayat 31:

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruk) hal ehwalmu"

Ujian Allah ni pelbagai. Jangan ingat ujian Allah ni ditahan ISA, disiksa serta dibunuh semata-mata. Ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk yang kita tidak sangka. Tekanan mental dan emosi juga merupakan sebahagian daripada ujian Allah kepada hambaNya.

Contohnya SaifulLah Al Maslul Khalid Ibn Al Walid, menunjukkan contoh yang hebat kepada kita apabila meneruskan peperangan hingga selesai walaupun mendapat surat perlucutan jawatan daripada Khalifah. Khalid ketepikan perasaan dan emosi untuk memastikan kejayaan perjuangan. Kalau kita macam mana? Kalau aku? Hmmmmm.

Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah yang menjadi tunjang seluruh gerakkerja jemaah Islam termasuk memimpin dan mengurus jemaah Islam. Hebat macam mana pun memimpin atau mengurus tetapi apabila agenda tarbiyyah diketepikan maka bermulalah kerosakan dalam Jemaah Islam. Aku salin sedikit teks terjemahan dari tulisan Syeikh Mustafa Mashur, ada la sedikit kaitan ngan isu ni walaupun tak banyak:

"Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah.

Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya.

Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain."

Kali ini aku rujuk sini untuk menulis. Ada idea-idea disana yang aku cedok.

Aku pinjam jawapan seorang sahabat, katanya: Hebat memimpin kerana tarbiyyah

Monday, August 10, 2009

Kulat Sisir Goreng


Semalam bila matahari agak tegak, perutku mulai rasa lapar. Aku basuh se pot beras kemudian aku tanak di atas dapur. Sementara tunggu nasi masak, aku buka peti ais, yang tak berapa nak aisnya, aku cari apa yang boleh dimasak. Aku jumpa kulat sisir milik member serumah sewa.

"Minta kulat sisir sikit" aku laung pada member kat dalam bilik.
"Ambillah" Segera aku potong bawang merah, kemudian tumis. Aku goreng kulat sisir. Siap je goreng kulat sisir aku tambah minyak dalam kuali yang sama. Aku goreng beberapa ekor ikan kering. Dah siap semuanya aku angkat ke ruang tamu.

Aku on kan TV. Kat rumah sewa aku, siaran yang agak ok hanya TV3. TV lain tak berapa nak ok. Kadang-kadang TV3 pun keluar garis-garis gak. Kebetulan pulak masa aku on tu rancangan Melodi sedang diacarakan oleh Wahid dan Fara. Aku layan makan nasi sambil tengok Melodi.

Satu segmen ke satu segmen aku layan je tengok Melodi. Ada je cerita panas yang dikongsikan. Memang rancangan gosip no 1 la Melodi ni. Tengah layan tu, tiba-tiba ada satu segmen pasal konsert mahasiswa. Aku 'pause' jap makan nasi, aku ambil remote control, aku kuatkan volume TV.

Tu dia, Konsert Antara Dunia. Konsert anjuran bersama GAMIS dan Rabbani. Melodi siap temubual Presiden GAMIS lagi, Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor. Ustaz Dzul masuk Melodi tu. Ada kelas gitu... Antara lain Ustaz Dzul sebut, GAMIS boleh lakukan apa yang orang lain tak boleh lakukan.

Tahniah pada GAMIS kerana berjaya menganjurkan Konsert Antara Dunia.

Tahniah kerana berjaya merobohkan tembok pemikiran lama sesetengah aktivis dakwah yang membataskan dakwah hanya di masjid atau surau atau kuliah atau usrah semata-mata.

Tahniah kerana berjaya memasarkan jenama GAMIS kepada mad'u yang lebih ramai. Melodi pun dah pandai sebut GAMIS sekarang.

Aku amat mengharapkan banyak lagi idea-idea 'gila' dari GAMIS untuk masuk ke dalam ruang kosong dakwah yang sebelum ini tidak di ambil peduli oleh aktivis dakwah.

GAMIS perlu lebih terkehadapan dan menjadi "industry leader" untuk dakwah di kalangan mahasiswa. Inisiatif-inisiatif yang lebih kreatif perlu dilaksanakan untuk mencapai agenda GAMIS itu sendiri.

Habis je Melodi aku masih berada depan TV. Aku sebenarnya menanti Berita Jam 130. Aku tunggu berita pasal Nordin Mat Top yang dikatakan ditembak di Indonesia...

Sunday, August 9, 2009

Siapa Profesor Dr Burhanuddin Al Helmi?


Bila saya bercerita megenai Seminar Pemikiran Prof Dr Burhanuddin Al Helmy ramai yang bertanya siapa itu Prof Dr Burhanuddin Al Helmy.

Ramai anak muda zaman ini tidak mengenali Prof Dr Burhanuddin Al Helmy kerana lakaran sejarahnya cuba di padam oleh British serta anak didiknya, sedangkan Prof Dr Burhanuddin Al Helmy merupakan pejuang kemerdekaan yang sebenar. Perjuangan Prof Dr Burhanuddin Al Helmy bukan sekadar di Tanah Melayu bahkan merangkumi isu antarabangsa apabila beliau pernah di penjarakan oleh Israel kerana membantah penjajahan terhadap bumi Palestin.

Ini serba sedikit mengenai beliau:

Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bte Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Taiping, Perak.

Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minagkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera. Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang.

Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun

Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura

Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) .Kemudian,beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

Menang Kerusi Parlimen Besut,Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959

Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kerana kononnya menjadi ajen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia

Meninggal Dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA pada 10 Okt 1969.

Sahabat boleh baca pelbagai lagi kisah Profesor Dr Burhanudin Al Helmi disini.

Thursday, August 6, 2009

Dengar Lagu Burhanuddin Al-Helmy oleh Black


Lagu ini dinyanyikan oleh Black mengenai Profesor Dr Burhanudin Al- Helmy, seorang pejuang kemerdekaan yang gigih. Klik sini atau sini.

Wednesday, August 5, 2009

Bertemu Pemimpin Mahasiswa

Ahad lepas saya hadiri Seminar Pemikiran Profesor Dr Burhanudin Al Helmy Hj Mohd Noor di Shah Alam.

Ketika seminar tersebut saya berkesempatan bersalaman, bersembang dan makan semeja bersama beberapa tokoh pimpinan mahasiswa nasional. Bagi saya yang berkampus di luar Lembah Kelang, sesekali berjumpa dengan pimpinan mahasiswa memberikan makna yang besar. Mungkin biasa je bagi sahabat lain tapi besar untuk saya.

Antaranya Azlan Zainal. Sha'ari Ab Rahman dan Dzulkhairi Mohd Noor.



Dzulkhairi dan Sha'ari semasa Seminar. Saya makan pada meja yang sama, bertentangan dengan mereka. Gambar amik dari blog Sha'ari.

Jumpa Syed Munawar 'Di luar Lingkungan'


Hujung minggu lepas saya mengikuti kelas kedua SPM.

Pembicara untuk slot pertama ialah Syed Munawar. Pengacara Di Luar Lingkungan, RTM. Saya agak terkejut dengan kehadiran Syed Munawar. Orangnya ringkas. Beliau datang dengan motosikal, berjaket hitam dan berbeg galas. Nampak berat beg yang digalasnya. Rupanya beg tersebut penuh dengan buku. Beliau kemudiannya membicarakan kaedah membedah buku.

Sepanjang perbincangan tersebut, saya kutip beberapa perkara yang mendatangkan makna kepada diri saya.

1. Syed Munawar mengikuti usrah gerakan semasa di UIA. Gerakan mana saya tak tahu. T.ak tanya pulak kat Syed Munawar.

2. Syed Munawar memberikan definisi ilmu, menurut Syed Naquib Al Attas: "Apabila sampai makna sesuatu perkara kepada diri". Kita mungkin baca banyak tulisan dan buku, tetapi yang kita ingat ialah perkara yang memberikan makna kepada diri. Setiap orang berbeza mengenai perkara yang memberikan makna.

3. Pemilihan bahan bacaan bergantung kepada jenis orang. Ada orang kecil, sederhana dan besar. Bukan pada fizikalnya tapi pada pemikirannya. Orang kecil akan baca mengenai orang lain. Contohnya gosip dalam URTV, Mangga atau Mastika. Orang sederhana akan baca mengenai acara. Contohnya Perasmian Jambatan. Orang besar akan baca mengenai idea. Contohnya Kerajaan Perpaduan. Contoh je.

4. Dalam banyak-banyak buku yang beliau bawa, saya tertarik dengan novel mengenai Rosli Dhobi. ( Kenal ke sape Rosli Dhobi ni?) Syed Munawar lontarkan beberapa persoalan menarik mengenai Rosli Dhobi. Bagaimana boleh wujud seorang pemuda semacam Rosli. Ketika itu umurnya hanya 17 tahun. Tapi sudah boleh memikul amanah yang besar, membunuh penjajah. Apabila dia ditangkap dan akan dihukum, sehari sebelum hukuman, dia menulis surat kepada keluarga. Dia wasiatkan pen dan kertas kepada adik perempuannya. Cuba kita bayangkan, seorang pemuda di Sarawak, cuma berusia 17tahun tetapi pandangannya tepat menikam jantung penjajah. Masih adakah pemuda seperti itu hari ini?

Banyak lagi lontaran pendapat dari Syed Munawar tetapi otak saya sudah melompat-lompat, ( meminjam istilah Fathi Aris Omar, semasa sesi pertama SPM), kerana terlalu banyak berfikir. Hehe.


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)