Tentang Aku

Sebagaimana blog ini, begitulah aku.

Seorang yang simple dan ringkas.
Susah untuk melontarkan perasaan dan rasa hati.
Terlalu banyak bersembunyi di balik kata-kata.

Blog ini merupakan rencah kehidupan aku
yang diukir dengan kata-kata,
merakam segala perjalanan nafas,
matlamatnya cuma satu:

"Allahu Ghayatuna"

Pendidikan awal aku bermula di Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI )
Persekolahan peringkat rendah di SK Jelor, Kelantan.
Alam pendidikan menengah ialah alam yang rencam dengan pelbagai pengalaman,
bermula di Maahad Tahfiz Ummul Qura, Kelantan,
kemudian ke Maahad Tahfiz Daril Naim, Kelantan, dan akhirnya
pada akhir tingkatan empat, aku ke SMU (A) Saniah, Kelantan.

Alam pengajian tinggi, aku beralih arah,
menyelesaikan diploma Pentadbiran Awam di UiTM
kemudian meneruskan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran juga di UiTM.

Aku sudah berkahwin.
 Zaujah aku seorang cikgu yang
mengajar subjek
Agama Islam.

Cahayamata sulung kami
Ahmad Akhtar Mujahid
lahir pada 20 Mac 2011

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)