Terbaru

Shoutul Harokah - Aqsha Biladi

Tuesday, November 10, 2009

Sembang Pagi Dengan Apek


Pagi tadi aku lepak sambil tengok-tengok akhbar kat kedai apek yang aku selalu beli Harakah. Masa tu apek tu sedang baca Sinar Harian. Aku sembang macam biasa la dengan apek tu. Tiba-tiba apek tu tanya:

"Dakwah tu ape ?"

Terkejut sekejap aku. Lepas tu aku citer sket-sket pasal dakwah. Aku bagitau dia secara ringkas dakwah tu bermaksud ajakan ke arah kebaikan. Rupanya apek tu baca berita pasal Dr Asri. Pastu apek tu tanya lagi:

"Wahabi tu ape?"

Melilau otak aku mencari jawapan yang sesuai untuk dibagitau.. Kesimpulannya aku bagitau apek tu Wahabi ni satu fahaman yang banyak di di ikuti di Arab Saudi. Aku citer sket-sket yang aku tau la. Nak citer banyak-banyak aku tak tau la.

Lepas tu apek tu makin rancak bersembang dengan aku. Dia tanya pasal purdah pulak.

"Tutup muka yang ramai perempuan Arab pakai tu, dekat Malaysia kena pakai ke? Kena paksa tak?"

Aku jawab la purdah tu tak paksa pakai. Pastu apek tu cakap macam ni:

"Kita tak lawan Islam. Tapi kena ikut keadaan dan suasana la. Tapi ada gak yang memang tak boleh ikut keadaan, macam sembahyang 5 waktu, mana boleh buat 1 waktu je"

Apek ni citer pasal waqi' la. Citer pasal thabat dan murunah la. Aku angguk je. Apek sambung lagi:

" Yang terbaru bising pasal bukan Islam masuk masjid. Betul ke macam tu? Orang bukan Islam tak boleh masuk masjid? "

Aku menyusun kata dengan berhati2. Aku bagitau apa salahnya jika masuk dengan bersih dan beradab. Otak aku ligat memilih ayat-ayat paling berhikmah. Apek sambung lagi:

" Lain la kalau saya beli babi bawa masuk masjid, itu memang saya cari pasal. Orang Cina nak pegi sembahyang kat Pulau Besar pun, seminggu sebelum pergi tak makan babi"

Kami sembang-sembang tak lama kerana aku nak pegi CC. Best gak sembang ngan apek tu. Lain kali sembang lagi la.

Tuesday, October 27, 2009

Pakat Dengar Nasihat Tuan Guru Presiden




Tuan Guru Presiden dah keluarkan kenyataan rasmi beliau mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan. Jadi marilah semua pakat dengar nasihat Tuan Guru Presiden. Aku salin dari laman rasmi Tuan Guru Presiden.

Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.


Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009


Ada faham?

Sunday, October 25, 2009

Khabar Dari Seberang


Aku terima khabar via SMS dari adik di Sarawak. Berkisah mengenai muktamar yang akan diadakan pada hari ini, Ahad. Sekali lagi selamat ulang tahun ke- 3 JIK disana.

Selamat bermuktamar adik-adik. Kami para alumni tidak pernah melupakan kalian. Kami bersedia untuk memberikan apa sahaja sumbangan dengan kemampuan kami yang dhaif ini.

Kalian jangan lupa baiah yang kalian lafazkan itu. Kalian berjanji kepada Allah dan Rasul. Jadikan muktamar ini medan untuk bermuhasabah serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Jangan dilupa juga untuk meningkatkan kualiti kerja kalian di jalan Allah.

Allah matlamat kami
Rasul ikutan kami
Al Quran perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati di Jalan Allah cita-cita tertinggi kami