Friday, June 3, 2011

Kisah Seorang Abi

Sejak Mujahid dilahirkan, aku tidak pernah pakaikannya lampin, kerana faktor jarak, aku di Melaka, Mujahid di Kelantan, sehinggalah cuti sekolah bermula 28 Mei 2011. Aku dah buat beberapa perkara sebagai seorang abi. Rupanya bukan mudah jadi seorang abi. Mencabar juga.

1. Mandikan Mujahid - Aku tolong tengok zaujah mandikan Mujahid sambil sesekali tolong jiruskan air.

2. Bila siap mandi, aku bungkuskan Mujahid dengan tuala, macam anak eskimo pulak, kemudian lapkan sehingga kering. Pastu aku sapukan minyak dan taruk bedak. Kemudian aku pakaikan lampin seterusnya pakaikan baju dan seluar.

3. Dodoikan Mujahid. Awalnya aku agak kekok untuk pegang Mujahid sebab tiada pengalaman, tapi sekarang ni bolehlah.

4. Malam-malam, ada juga la jaga Mujahid bila dia tersedar dari tidur. Buatkan susu belum lagi sebab Mujahid menyusu badan.
 

3 comments:

  1. Semoga Mujahid terus membesar dengan sihat dinaungi rahmat kasih Allah. Jadi anak soleh tau Mujahid!

    ReplyDelete
  2. Salam..

    OH..Mujahid sudah di Melaka. Alhamdulillah.. InsyaAllah, kelapangan masa dan rezeki, akan ziarah Mujahid. Tunggu kedatangan Khaulah ye, Mujahid ;)

    BH

    ReplyDelete
  3. wah...Akh akhtar syaheed dah pandai jadi abi baek utk baby Akhtar Mujahid...!! :)mabruk2!

    smoga terus dpt jadi abi yg mampu mendidik ank jadi mujahid Islam terunggul...ameen ya RABB...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)