Monday, August 10, 2009

Kulat Sisir Goreng


Semalam bila matahari agak tegak, perutku mulai rasa lapar. Aku basuh se pot beras kemudian aku tanak di atas dapur. Sementara tunggu nasi masak, aku buka peti ais, yang tak berapa nak aisnya, aku cari apa yang boleh dimasak. Aku jumpa kulat sisir milik member serumah sewa.

"Minta kulat sisir sikit" aku laung pada member kat dalam bilik.
"Ambillah" Segera aku potong bawang merah, kemudian tumis. Aku goreng kulat sisir. Siap je goreng kulat sisir aku tambah minyak dalam kuali yang sama. Aku goreng beberapa ekor ikan kering. Dah siap semuanya aku angkat ke ruang tamu.

Aku on kan TV. Kat rumah sewa aku, siaran yang agak ok hanya TV3. TV lain tak berapa nak ok. Kadang-kadang TV3 pun keluar garis-garis gak. Kebetulan pulak masa aku on tu rancangan Melodi sedang diacarakan oleh Wahid dan Fara. Aku layan makan nasi sambil tengok Melodi.

Satu segmen ke satu segmen aku layan je tengok Melodi. Ada je cerita panas yang dikongsikan. Memang rancangan gosip no 1 la Melodi ni. Tengah layan tu, tiba-tiba ada satu segmen pasal konsert mahasiswa. Aku 'pause' jap makan nasi, aku ambil remote control, aku kuatkan volume TV.

Tu dia, Konsert Antara Dunia. Konsert anjuran bersama GAMIS dan Rabbani. Melodi siap temubual Presiden GAMIS lagi, Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor. Ustaz Dzul masuk Melodi tu. Ada kelas gitu... Antara lain Ustaz Dzul sebut, GAMIS boleh lakukan apa yang orang lain tak boleh lakukan.

Tahniah pada GAMIS kerana berjaya menganjurkan Konsert Antara Dunia.

Tahniah kerana berjaya merobohkan tembok pemikiran lama sesetengah aktivis dakwah yang membataskan dakwah hanya di masjid atau surau atau kuliah atau usrah semata-mata.

Tahniah kerana berjaya memasarkan jenama GAMIS kepada mad'u yang lebih ramai. Melodi pun dah pandai sebut GAMIS sekarang.

Aku amat mengharapkan banyak lagi idea-idea 'gila' dari GAMIS untuk masuk ke dalam ruang kosong dakwah yang sebelum ini tidak di ambil peduli oleh aktivis dakwah.

GAMIS perlu lebih terkehadapan dan menjadi "industry leader" untuk dakwah di kalangan mahasiswa. Inisiatif-inisiatif yang lebih kreatif perlu dilaksanakan untuk mencapai agenda GAMIS itu sendiri.

Habis je Melodi aku masih berada depan TV. Aku sebenarnya menanti Berita Jam 130. Aku tunggu berita pasal Nordin Mat Top yang dikatakan ditembak di Indonesia...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)