Wednesday, August 5, 2009

Jumpa Syed Munawar 'Di luar Lingkungan'


Hujung minggu lepas saya mengikuti kelas kedua SPM.

Pembicara untuk slot pertama ialah Syed Munawar. Pengacara Di Luar Lingkungan, RTM. Saya agak terkejut dengan kehadiran Syed Munawar. Orangnya ringkas. Beliau datang dengan motosikal, berjaket hitam dan berbeg galas. Nampak berat beg yang digalasnya. Rupanya beg tersebut penuh dengan buku. Beliau kemudiannya membicarakan kaedah membedah buku.

Sepanjang perbincangan tersebut, saya kutip beberapa perkara yang mendatangkan makna kepada diri saya.

1. Syed Munawar mengikuti usrah gerakan semasa di UIA. Gerakan mana saya tak tahu. T.ak tanya pulak kat Syed Munawar.

2. Syed Munawar memberikan definisi ilmu, menurut Syed Naquib Al Attas: "Apabila sampai makna sesuatu perkara kepada diri". Kita mungkin baca banyak tulisan dan buku, tetapi yang kita ingat ialah perkara yang memberikan makna kepada diri. Setiap orang berbeza mengenai perkara yang memberikan makna.

3. Pemilihan bahan bacaan bergantung kepada jenis orang. Ada orang kecil, sederhana dan besar. Bukan pada fizikalnya tapi pada pemikirannya. Orang kecil akan baca mengenai orang lain. Contohnya gosip dalam URTV, Mangga atau Mastika. Orang sederhana akan baca mengenai acara. Contohnya Perasmian Jambatan. Orang besar akan baca mengenai idea. Contohnya Kerajaan Perpaduan. Contoh je.

4. Dalam banyak-banyak buku yang beliau bawa, saya tertarik dengan novel mengenai Rosli Dhobi. ( Kenal ke sape Rosli Dhobi ni?) Syed Munawar lontarkan beberapa persoalan menarik mengenai Rosli Dhobi. Bagaimana boleh wujud seorang pemuda semacam Rosli. Ketika itu umurnya hanya 17 tahun. Tapi sudah boleh memikul amanah yang besar, membunuh penjajah. Apabila dia ditangkap dan akan dihukum, sehari sebelum hukuman, dia menulis surat kepada keluarga. Dia wasiatkan pen dan kertas kepada adik perempuannya. Cuba kita bayangkan, seorang pemuda di Sarawak, cuma berusia 17tahun tetapi pandangannya tepat menikam jantung penjajah. Masih adakah pemuda seperti itu hari ini?

Banyak lagi lontaran pendapat dari Syed Munawar tetapi otak saya sudah melompat-lompat, ( meminjam istilah Fathi Aris Omar, semasa sesi pertama SPM), kerana terlalu banyak berfikir. Hehe.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)