Thursday, June 24, 2010

Ulama Bakal Sertai UMNO

Amat menarik bila akhbar menyiarkan tajuk ulamak sertai umno. Gandingan perkataan 'ulama' dan 'UMNO' boleh di ibaratkan 'pewangi' dan 'tahi ayam'. Amat menarik bila digandingkan bersama. Adakah benar ulama akan sertai UMNO? Bukan seorang, tetapi ramai. Siapakah ulamak2 tersebut? Lulusan pondok kah? Al Azhar kah? atau dari mana?

Sebenarnya UMNO terlalu terdesak untuk menyaingi PAS sehingga terpaksa berbuat demikian, memgumumkan ulamak akan menyertai UMNO, padahal PAS tidak pernah bising pun berapa ramai ulamak dalam PAS. Lucu pun ada dengan UMNO ni. Adakah selepas ini UMNO akan mengisytiharkan UMNO akan emenegakkan Negara Islam? Atau ulamak2 itu akan menjadi saksi bisu atas kemaksiatan yang berlaku?

Atau selepas ini presiden UMNO seorang ulamak?

Sejarah tidak pernah menipu mengenai UMNO dan ulamak. Sejak dulu lagi ulama tiada tempat dan harga dalam UMNO jika hendak menegakkan kebenaran. Lihat sahajalah bagaimana Persatuan Ulamak Se Malaya di tubuhkan, yang membawa kepada penubuhan PAS. Dewasa inipun sebaris nama mereka yang berpendidikan agama berada dalam UMNO seperti Firdaus, Jamil Khir, Masitah dan lain2 lagi.

Dan apakah peranan mereka dalam UMNO? Menasihati atau menjadi pelaksana kepada agenda UMNO?

Aku makin tidak sabar menanti esok, katanya 40 orang ulama PhD bakal menyertai UMNO. 

5 comments:

  1. Pemimpin Umno bukanlah dikalangan orang betul2 alim dan baik. Kita tidak boleh berkata 40orang memasuki UMNO tempohari tersalah parti. Bagaimana kalau mereka memilih PAS adakah saudara akan berkata sedemikian PAS dan UMNO parti politik mereka pernah melakukan kesalahn dan mereka juga pernah menyemai kebaikan. secawan Kopi yang pahit kalau diletak sebiji gula belum tentu manis kalau letak 2 biji belum tentu juga manis, cubalah letak satu sudu gula. Mungkin rasa manisnya. Kalaulah pada saudara UMNO itu jahat mungkin 40orang Ulama ini, diharap mampu mengubah mereka. Pernah saudara dengar cerita tentang pengIslaman saidina Umar Al-Khatab

    ReplyDelete
  2. Cuba ceritakan cerita tu...macam mana ye ceritanya?

    ReplyDelete
  3. Anon 2 July, harapnya saudara menilai dengan mata hati, bukan buta hati....

    PAS bukan maksum....tapi PAS cuba dan berusaha menegakkan Islam.

    UMNO punyai banyak peluang untuk melaksanakan ISLAM, tapi apa yang mereka buat?

    ReplyDelete
  4. ha betul2... saya setuju tu.. banyak peluang untuk umno tegakkan islam memandangkan pemegang kuasa terbesar dinegara kita... tapi mengapa ye sampai sekarang kita masih lagi tak nampak negara islam, malah ada pula perkara yang bertentangan dengan ajaran islam dibuat..

    ReplyDelete
  5. KUASA, KUASA, KUASA adakah itu yang sentiasa anda fikirkan. Adakah nilai Islam tu tak laku untuk disebarkan sekiranya mereka tidak berkuasa. Tak mengapalah mungkin saudara terlupa tentang sirah Rasulullah s.a.w biarlah saya mengingatkan kembali. Ketika Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwah Islam di Mekah adakah Rasulullah berkuasa dulu di Mekah baru baginda berdakwah. Pada awalnya Rasulullah menyebarkan Islam itu dikalangan golongan bawahan, dikalangan orang miskin. Mereka-mereka inilah golongan majoriti yang memeluk Islam. Sehinggalah penghijrahan Rasulullah ke Madinah barulah Islam terus berkembang di bumi Mekah. Sebenarnya bukan kuasa yang menjamin segalanya tetapi keindahan Islam itu sendiri yang boleh mempengaruhi seseorang bukannya kuasa. Dan cuba saudara lihat kebanyakkan rasul itu dilantik dikalangan bukan dari golongan pembesar.
    Berkenaan dengan pengIslaman Saidina Umar Al-Khatab pula, antara 4 orang sahabat ramai yang berpendapat Saidina Umar mempunyai era pemerintahan yang terbaik. Namun siapakah Saidina Umar sebelum memeluk Islam. Tak perlulah saya ceritakan mungkin saudara sendiri tahu. Rasulullah berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati Saidina Umar untuk menerima Islam wlpn Saidina Umar pernah berjanji untuk membunuh Rasulullah sekiranya dia terserempak nanti. Namun Allah s.w.t memakbulkan doa baginda, akhirnya Saidina Umar memeluk Islam. Apakah Rasulullah nampak pada Saidina Umar? Baginda nampak kepimpinan di dalam diri Saidina Umar, wlpn Saidina Umar menentangnya pada sebelum ini. Berbalik pada UMNO pula,tidak dapat dinafikan parti ini berjaya membuktikan kejayaan pemerintahan mereka dengan menaikkan taraf hidup rakyat,UMNO bukanlah terlalu kafir seperti yang sesetengah orang fikirkan mereka Cuma tiada iman yang kukuh kerana itulah terjadi niat menghalalkan cara. Kadangkala ada sesuatu isu berkenanaan pencabulan terhadap Islam, dimana pihak UMNO lebih serius berbanding PAS contohnya “Isu Kalimah Allah”. Saya percaya pihak UMNO boleh dibentuk sekiranya ada pihak yang benar-benar memperjuangkan Islam kerana Allah bukannya kuasa. Kerana mereka masih ada nilai iman walaupun tipis tetapi tetap ada. Dan pihak2 yang mengatakan mereka begitu tahu tentang Islam perlu menjalankan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)