Wednesday, June 23, 2010

UMNO nyanyi JI...JI...JI

JI...JI...JI....

Itulah  nyanyian terbaru UMNO. Secara tiba2 isu JI ini ditimbulkan padahal tiada bukti sahih yang menunjukkan JI sedang beroperasi secara aktif di Malaysia. Tiada sebarang tangkapan ataupun penemuan dokumen berkaitan dengan JI pada ketika ini tetapi UMNO terus mendendangkan bahawa kemungkinan JI mempunyai ahli2 dari kalangan pensyarah2 universiti yang merekrut mahasiswa2 sebagai kader2 JI.

Aku percaya isu JI ini dibangkitkan sebagai 'modal' atau alasan untuk UMNO menggunakannya demi kepentingan politik.

Isu JI ini boleh UMNO gunakan untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang2 pindaan di Parlimen pada Julai ini.

Isu JI juga UMNO akan gunakan untuk menyekat pergerakan mahasiswa pro Islam di kampus-kampus. Isu JI bertapak di kampus merupakan alasan yang baik bagi UMNO serta pihak universiti bertindak terhadap mahasiswa yang tidak sehaluan dengan mereka.

Ahli-ahli JIK perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dan bertindak. Mereka perlu pandai membaca keadaan dan suasana ini. Cuba elakkan berkonflik dengan pihak pentadbiran universiti. Sebaliknya cuba memcari jalan untuk mengambil kesempatan untuk melancarkan gerakkerja JIK.

7 comments:

  1. macam2 tektik umno nak pakai sekarang sekarang....

    ReplyDelete
  2. biasalah tu...cabaran politik makin terserlah..

    ReplyDelete
  3. hati2 dlm segala tindak tanduk..jgn smpai kena tanduk.

    ReplyDelete
  4. Kalau betul bagaimana? Tak salah kalau kita mengamalkan sikap berhati-hati, selaku staf UTM dimana banyak kumpulan JI yang pernah wujud disini tak salah kalau mengamalkan sikap waspada seperti makna hadis "Orang Islam yang bijak takkan dipatuk ular ditempak yang sama". Kalau kita dengar kenyataan oleh KDN, mereka meminta Naib Canselor memantau.Sekiranya ada pergerakkan yang mencurigakan yang bergerak di Universiti. lainlah kalau dikeluarkan arahan tangkap munkin itu layak dipertikaikan. Jangan terhantuk baru tersedar saudara.

    ReplyDelete
  5. wau, tak sangka staf utm juga ada di sini.

    Saudara Staf UTM yang dihormati, jika sesorang itu melanggar undang2, dakwalah di mahkamah. Jika didapati bersalah, hukumlah.

    Mereka yang ekstrim perlu kepada perbincangan ilmiah oleh mereka yang ahli, tapi jika budaya ilmu dihalang, memang akan mewujudkan kumpulan militan...

    ReplyDelete
  6. Mungkin saudara kurang jelas tentang makna “PANTAU”. Biarlah saya memberi contoh kalau saudara nak bawa kereta, bawalah tiada siapa yang halang tapi berhati-hati pantau sikit kelajuan tu,kalau saudara nak makan apa2 makanlah tapi pantau sikit pemakanan tu nanti obesiti pula. Jelas ya, tidak ada kenyataan pun yang melarang budaya ilmu. Tapi dipantau dikhuatiri ada yang disalah gunakan atas kepercayaan yang diberikan. Sebab itu pihak polis meminta Naib Canselor setiap universiti memantau ataupun menyiasat sekiranya ada. Kan lebih elok cegah sebelum parah.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)