Tuesday, June 22, 2010

Hidup Sebagai Seorang Suami

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 12 aku bergelar suami kepada seorang isteri. Bermakna sudah 12 hari tanggungjawab dan amanah aku bertambah.

Alhamdulillah, Allah uji aku dengan tanggungjawab itu.

Pagi ini aku baru tiba dari Kelantan jam 8.00 di sekolah. Terus dari Kelantan. Lepas hantar isteri ke sekolahnya, aku terus ke sekolah. Aku bertolak jam 10 malam dari Kelantan, berdua dengan isteri. Aku pulang ke Kelantan untuk menghantar anak saudara isteri berkaitan urusan perpindahan sekolah. Aku bertolak semalam jam 10 pagi. Sampai Kelantan jam 7.00 malam. Rehat kejap. Jam 10 malam kembali bertolak. Letihnya tak usah cakap.

Tapi itulah realitinya sebuah perkahwinan. Kita bukan hanya ada isteri, tetapi kita akan ada mertua, ipar duai,saudara mara.

Maknanya tanggungjawab semakin bertambah.

1 comment:

  1. Alhamdulillah...akh dah berjaya melengkapkan sebahagian hidup akh..

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)