Friday, February 19, 2010

Aku dan Thiqah


Seorang lelaki. Rambut tak sikat.  Jambang meliar tak terurus. Selalu pakai baju lusuh. Seluar slack macam biasa. Kadang2 bertopi. Cakapnya kasar, beraku engkau..ana anta kadang-kadang je.. Guna motor RXZ macam mat rempit...seorang ahli jemaah Islam..

Thiqah tak ngan orang macam ni?
Jika orang macam ni jadi pimpinan, boleh taat dan wala' kat dia tak?

16 comments:

  1. Thiqah sebab tahu ilmunya banyak. Bertambah2 lagi thiqah sekiranya berpakaian kemas contohnya Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ustaz Nasaruddin.

    ReplyDelete
  2. ilmu banyak pun xde guna jika tak beramal

    ReplyDelete
  3. jika dah beramal tapi masih belum dithiqahi? Apa faktor unt dithiqahi?

    ReplyDelete
  4. bagi pendapat saya faktor2nya:
    1-Ada ilmu & beramal,
    2-Sekiranya berpakaian kemas, satu bonus buat pendaie tu. Ada orang tidak kisah dengan kebersihan/kekemasan, tapi sesetengah orang sangat kisah dengan kekemasan/kebersihan. InsyaAllah,anda akan dithiqahi.
    3-Rock/kasar/ganas bukan faktor yang kuat untuk tidak dithiqahi kerana citarasa setiap manusia adalah berbeza.

    ReplyDelete
  5. Adakah hanya peranan pimpinan? Ahlinya bagaimana plak?

    ReplyDelete
  6. Ahlinya juga patut contohi pimpinannya. Bukan itu lebih baik. Orang akan lebih Thiqah sekiranya kita hampir sempurna walaupun kita yakin yang kita tidak akan sempurna.

    'Ala kulli hal, terpulang kepada diri masing-masing.

    ReplyDelete
  7. Tambahan sedikit, Saya pernah baca yang mana orang UMNO memuji Ustaz Nasaruddin(bukan Tantawi) kerana:

    1- Kekemasannya
    2- Kebijakkannya,lebih-lebih lagi pertuturannya yang fluent samada di dalam English atau BM.

    itu orang UMNO yang cakap.bukan saya

    ReplyDelete
  8. Bagaimana plak dengan:

    1. Gaya kepimpinan
    2. Ambil berat mengenai ahli
    3. Bertolak ansur
    4. Peramah
    5. Keperibadian
    6. dll

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum, Islam bukanke menganjurkan kebersihan dan kekemasan? Pimpinan melalui teladan. Jika mampu menunjukkan imej yang lebih baik, mengapa harus mempamerkan sebaliknya? Benar, jika kita mendengar sesuatu ilmu itu, tgk pada apa isinya bukan siapa yang menyampaikannya... tapi bukanke kita harus menjaga maruah@imej sebaik mungkin? Wallahu'alam...-Salam ta'aruf (INSAN ukhwah)

    ReplyDelete
  10. Jika orang tu pakai kemas2 macam pegawai, tetapi ahli tak thiqah gak, apakah sebabnya? adakah thiqah kerana penampilan semata2? Atau eleman2 lain?

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum, :-) cuba ustaz define thiqah...

    ReplyDelete
  12. Thiqah bermaksud keyakinan seorang pendakwah ( ahli ) terhadap qiadah ( pimpinan ) pada kemampuan dan keikhlasannya,dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih,penghargaan,penghormatan dan ketaatan. Dakwah tidak wujud tanpa qiadah,sejauh mana timbal balik thiqah antara pemimpin dan pendakwah merupakan kekuatan bagi sistem jamaah dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi halangan – halangannya. Firman Allah yang bermaksud :

    “ Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” ( An-Nisa’ : 65)

    -Akhtar-

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum... berdasarkan pengertian yg dinyatakan (syukran saudara Akhtar), untuk " melahirkan perasaan kasih,penghargaan,penghormatan dan ketaatan" tentulah kita tidak hanya tengok kepada satu perkara... tidak hanya pada luaran. tetapi tidak juga pada dalaman semata. contoh, ada 2 biji buah rambutan. sebiji, dari luarnya kelihatan merah, cantik sekali tetapi apabila dibuka, rupa-rupanya ia busuk/kosong-tiada isi. sebiji lagi luarnya kelihatan seperti busuk-berwarna hitam dn sebagainya... biasanya bila jumpa buah seperti ini apa yg kita lakukan? kita terus buang tanpa cuba membukanya pun kan? mungkin isi di dalamnya elok dn manis. tetapi sayangnya tiada siapa yg cuba untuk membukanya kerana faktor luaran itu...Wallahu'alam

    tiba2 teringin makan buah-buahan pula... skarang musim apa ya?

    ReplyDelete
  14. INSAN,
    betul tu.

    lepas makan kek makan buah plak ek...hehe

    ReplyDelete
  15. harus tuu... hari pencuci mulut!!! ^-^

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)