Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431



Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 untuk semua pembaca Akhtar Syaheed. Terima kasih kerana sudi ziarah laman yang tidak seberapa ini.

Kesempatan ini perlu kita gunakan dengaan sebaik mungkin. Peluang untuk kita bermuhasabah. Peluang untuk kita meningkatkan lagi kualiti seorang muslim kita. Peluang untuk kita berhijrah daripada buruk kepada baik. Daripada baik kepada terbaik seterusnya mempertahankan dan istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan. Semuanya untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Tahun baru inilah masanya untuk kita mulakan langkahan yang baru. Langkahan yang lebih bersemangat dan bermotivasi. Kita adalah muslim. Kita lebih bersemangat dan bermotivasi disebabkan kita seorang Islam.

Aku teringat kata-kata Mas'ul aku: Disebabkan saya ahli jemaahlah saya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk dapatkan PhD.

Kepada sahabat yang bakal menyambung 'Master', aku ucapkan maju jaya. Lakukannya untuk mendapat redha Allah... Doakan aku juga dapat sambung pengajian suatu hari nanti....Insya Allah...

3 comments:


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)