Wednesday, December 16, 2009

Lokasi baru tahanan Guantanamo


Utusan Malaysia:

 WASHINGTON 16 Dis. - Tahanan-tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat (AS) Teluk Guantanamo, akan dipindahkan ke sebuah penjara yang disediakan kerajaan persekutuan di utara negeri Illinois, lapor seorang pegawai pentadbiran hari ini.

“Hari ini, pentadbiran mengumumkan bahawa Presiden telah mengarahkan kerajaan persekutuan supaya meneruskan persediaan di Pusat Hukuman Thomson di Thomson bagi menempatkan banduan-banduan persekutuan dan beberapa tahanan dari kem Teluk Guantanamo, Cuba.

“Penutupan pusat tahanan di Guantanamo penting untuk melindungi keselamatan negara.

“Pengumuman hari ini merupakan satu langkah penting ketika kita berusaha mencapai objektif keselamatan negara,’’ katanya. - AFP
__________________

Tak habis-habis kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam. Umat Islam sentiasa dimusuhi dan diperangi walaupun secara kekuatan material umat Islam amat lemah jika hendak dibandingkan dengan musuh-musuh Islam. Lihat umat Islam Afghanistan, secara materialnya mereka punyai senjata yang amat tidak setanding dengan kecanggihan tentera perceroboh USA. Begitu juga di Kashmir, di Mindanao, di Patani, di Chechen dan merata lagi bumi Islam.

Amerika yang kononnya memegang prinsip demokrasi, telah menafikan hak-hak tahanan-tahanan Guantanamo. Menelanjangkan sikap kepuraan yang sedia maklum oleh masyarakat dunia. Umat Islam ditahan tanpa perbicaraan yang adil kononnya atas nama keadilan dan keselamtan negara .

Mereka yang sekepala dengan Amerika juga bertebaran di atas muka bumi ini dengan cara dan gaya yang sama. Mereka memenjarakan umat Islam tanpa perbicaraan yang adil kononnya atas nama keadilan dan keselamatan negara .

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)