Monday, December 14, 2009

Rock 90-an: Melissa & Samudera



Aku amat tertarik dengan satu berita yang disiarkan di Harakahdaily bertajuk, 'Vokalis Melissa dan Gitaris Samudera bersatu untuk Islam' tulisan Mohd Sabri Said.

"Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu bertemakan Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda. Semalam mereka mengadakan persembahan sempena Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dataran Pusat Bimbingan Islam Darul Huda, Bandar Perda, Bukit Mertajam."

Mereka ialah vokalis Melissa yang popular dengan lagu 'Cinta untuk Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera.



Bagi aku ini merupakan langkah yang bagus dalam pendekatan dakwah. Mereka ini mempunyai peminat yang tersendiri. Aku sendiri pun minat lagu Cinta Untuk Nabila ni. Jika sebelum ni TG Nik Abdul Aziz pernah mengundang Mawi untuk membuat persembahan di Kelantan. Juga Siti Nurhaliza, bertempat di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), yang ini untuk perempuan sahaja. Semua perempuan termasuk teknikal.

Pendekatan ini bagus untuk menarik golongan muda mendekati Islam selain merupakan hiburan alternatif daripada hiburan yang sedia ada, yang mana lebih banyak kemudaratannya. Jika artis lain tampil dengan imej yang tidak senonoh dan terlibat dengan pergaulan bebas, Radzi dan Syed Anuar tampil dengan imej yang menyenangkan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)