Friday, December 18, 2009

Kembara Hamba



Aku akan musafir sepuluh hari. Asalnya untuk ke sesi Sekolah Pemikir Muda yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Banyak pengisian yang menarik bakal aku perolehi. Insya Allah aku akan kongsikan untuk pengetahuan bersama. Aku juga bakal berdiskusi mengenai budaya politik dan demokarasi di negara membangun. Tugasan  aku mengenai  demokrasi di Taiwan.

Sebelum itu aku tertarik dengan catatan seorang urusetia Sekolah Pemikir Muda, Mohd Khairul Naim Che Nordin, di blognya. Entry yang bertajuk 'Ubah' itu amat mengetuk minda untuk sama-sama kita fikirkan.

"Dalam ‘posting’ terbaru saya dalam laman sosial Facebook, saya menulis: “for me Malaysia & Malaysian must be seen realistically, as it really is, and not just as it should be. So the starting point must always be what is, with a progression from there to what should be.” Saya cuba utarakan idea ini untuk dibincangkan khususnya oleh mereka yang ahli dalam gerakan Islam namun tiada yang menyahut. Saya fokuskan kepada mereka yang terlibat dalam gerakan Islam kerana golongan ini merupakan yang terpenting bagi memahami kondisi sebenar apa yang sedang, sudah dan akan berlaku di Malaysia. Dan golongan ini juga kadang-kala terlepas pandang tentang hakikat ini, terlalu ghairah menguatkuasakan sesuatu dan mengisytiharkan apa yang dihajati. Mereka yang memahami manhaj hidup Islam pasti mengidami kewujudan Negara Islam manakala manifestasi ketaatan kepada perintah Allah SWT adalah dengan menegakkan hukum Islam. Namun, kenapa ia menimbulkan keributan sedangkan niat sebenar yang diinginkan adalah kesejahteraan. Persoalan inilah yang saya ingin bangkitkan."


Boleh baca entry penuh di blog beliau.

 
Dalam aku membilang hari untuk ke sesi Sekolah Pemikir Muda, Allah mentakdirkan beberapa orang sahabat menjemput aku untuk menghadiri program mereka. Lalu aku akan lanjutkan kembara ilmu dari Sekolah Pemikir Muda ke Bumi Hang Tuah. Dari Bumi Hang Tuah aku akan patah balik ke Selangor untuk satu program yang lain. Insya Allah aku akan kembali semula ke Pasir Puteh pada 27 Disember...

Aku harap kembara ini penuh keberkatan dan keredhaan Allah...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)