Monday, December 21, 2009

Mencari Al Wafi


Sesi Sekolah Pemikir Muda dijadualkan di Sekolah Al Wafi, jam 9 pagi 19 Disember. Urusetia SPM maklumkan sekolah Al Wafi hampir dengan Balai Polis Petaling. Aku bertolak dari Pasir Puteh seawal jam 6 petang. Hujan renyai-renyai. Mengikut Google Maps, perjalanan aku akan mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih. Aku siap cetak arahan perjalanan dari Google Maps. Maklumlah aku tidak punyai GPS. Hujan yang awalnya renyai-renyai sudak bertukar lebat. Aku memandu dengan perlahan. Mata aku rasa begitu mengantuk. Sampai di Kuala Krai, aku berhenti di Caltex, lelapkan mata sekejap. Kemudian aku tersedar setelah 30 minit, aku rasa sedikit bertenaga. Aku teraskan perjalanan. Hujan masih lebat. Aku masih memandu perjalan. Mata aku sekali lagi mengantuk. Aku singgah di R&R Gua Musang. Aku tidur hampir dua jam. Kemudian barulah aku meneruskan perjalanan dengan agak selesa sambil ditemani 2 tin Redbull. Malam sungguh sunyi, jarang-jarang sekali ada kenderaan lain. Majoritinya lori. Hujan masih berterusan cuma kurang lebatnya.

Sampai di Benta, tiba-tiba aku terdengar semacam bunyi ranting kayu dari bahagian enjin kereta. Aku fikir mungkin mana-mana ranting kayu yang tersangkut. Kemudian bunyi tersebut senyap. Aku fikir ranting kayu itu sudah terjatuh. Kemudian aku singgah di R&R Benta untuk jamak qasar ta'khir. Kemudian aku buka bonet depan. Aku cuba mencari kesan-kesan ranting kayu tadi. Tiba-tiba aku ternampak 'belt' terputus. Setahu aku bahagian tu tempat 'timing belt'. Habis aku jika 'timing belt' putus. Tak jalan la kereta aku. Aku jahil pasal kereta ni. Jam hampir 1 pagi. Kemudian aku nampak seorang 'brother'. Aku tanya dia mana aku boleh dapatkan mekanik pagi-pagi macam ni. Kemudian 'brother' tu datang dengan seorang mekanik. Dia memeriksa 'belt' tersebut. "Owh, ini 'aircond belt' yang terputus, kereta masih boleh jalan'. Alhamdulillah.

Aku teruskan perjalanan  melalui Lebuhraya Karak. Jalan agak lengang. Hujan sudah reda. Pemanduan aku sedikit laju. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di R&R Genting Sempah. Jam 5 pagi aku mandi kemudian aku teruskan perjalanan. Aku singgah di Hentian Gombak untuk sarapan dan solat Subuh. Lepas Subuh aku teruskan perjalanan ke UIA Gombak. Singgah jenguk adik.

Selepas itu bermulalah perjalanan yang mencabar dalam hidup aku. Aku rujuk arahan perjalanan dari Google Maps. MRR2. Jalan Ipoh. Jalan Kuching. Jalan Kinabalu. Jalan Syed Putra. Jalan Klang Lama. Aku mahu ke Jalan Klang Lama. Aku cuba mengikuti arahan yang diberikan. Kanan kiri, kanan kiri. Akhirnya aku rasa aku sudah sesat. Aku biarkan kertas arahan perjalanan. Aku buat keputusan untuk ikut papan tanda dan gerak hati. Akhirnya aku berpusing-pusing kat tempat yang aku sendiri tidak tahu. Letih mengikut gerak hati, aku berhenti di Shell. Kebetulan seorang India sedang mengisi petrol. Aku tanya dia, macam mana nak ke Balai Polis Petaling, Jalan Klang Lama. "Ambik kiri, terus sampai jumpa roundabout. Ambil pukul 9. Kemudian terus, jumpa roundabout lagi, ambil pukul 12. Terus kemudian susur kiri, jalan bawah".

Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga Sekolah Al Wafi.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)