Monday, December 21, 2009

Wacana: Islam & Pemerintahan



Slot pertama untuk sesi Sekolah Pemikir Muda Modul 5 ialah satu wacana mengenai Islam dan Pemerintahan. 2 panel daripada aliran pemikiran yang berbeda dijemput untuk memperkatakan mengenai Islam dan Pemerintahan menurut pandangan masing-masing. Panel pertama Ahmad Mustafa, merupakan seorang Naqib Hizbut Tahrir Malaysia kawasan Kuala Lumpur. Berumur lingkungan 40-an. Panel kedua ialah Al-Mustaqeem Mahmod Radhi. Al-Mustaqeem Mahmod Radhi mempunyai pengalaman lapan tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan dan pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Berita Keadilan dan editor di majalah seni-budaya Siasah.Al-Mustaqeem adalah Lulusan Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Mu'tah, Jordan. Kemampuan bahasa: Melayu, Inggeris, Arab.Beliau merupakan antara pengasas Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), penganjur Acara Baca Puisi Keliling (Apuke).


Wacana berlangsung dalam suasana ilmiah walaupun sekali sekala agak tegang dengan pertentangan pendapat.  Ahmad Mustafa berpendapat Negara Islam adalah berbentuk khalifah seperti yang telah di amalkan sejak zaman awal Islam.. Sementara Al Mustaqeem berpendapat Negera Islam pilihan beliau adalah dalam bentuk demokrasi kerana sistem khalifah hampir sama dengan sistem beraja yang mana menyebabkan berlaku penindasan terhadap masyarakat.

Selesai sesi pembentangan oleh panel, sesi soal jawab berlangsung. Ahli-ahli Sekolah Pemikir Muda mengambil peluang untuk berinteraksi dengan kedua-kedua panel. Semuanya soalan 'maut'. Aku tertarik  dengan satu jawapan Ahmad Mustafa setelah seorang ahli Sekolah Pemikir Muda bertanya macam mana cara atau wasilah untuk Hizbut Tahrir pegang negara. Ahmad Mustafa memberitahu bahawa caranya ialah pilihan raya. Dia ingatkan bahawa demokrasi dan pilihanraya adalah sesuatu yang berbeza. Kemudian dia sambung: "Nanti saya jadi calon, jangan lupa undi saya"

Lor, aku ingatkan Hizbut Tahrir nak perang...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)