Monday, December 21, 2009

V For Vendetta



Sesi kedua Sekolah Pemikir Muda kami dipertontonkan sebuah filem. V For Vendetta. Aku berusaha sedaya mungkin untuk memahami filem V For Vendetta ini. Bagi aku filem ini sarat dengan falsafah. Kami diminta untuk menganalisa filem V For Vendetta ini untuk didiskusikan pada sesi akan datang.



Sedikit ulasan V For Vendetta dari satu blog yang aku temui. Blog alFaisal.

Filem V for Vendetta menggunakan latar tempat Great Britain pada masa hadapan. Selepas parti Norsefire berjaya mencengkam parlimen. Terjadinya keadaan penuh huru-hara kerana tersebarnya sejenis virus berbahaya. Pengganas agama dipersalahkan. Hakikatnya semuanya adalah rancangan rapi oleh parti Norsefire yang mana mereka kemudiannya menjamin mampu mengembalikan keamanan. Adam Sutler, pengasas kepada parti Norsefire kemudiannya berjaya mejawat jawatan High Chansellor. ‘Ketakutan’ yang dicambahkan di dalam pemikiran rakyat melalui propaganda-propagandanya dijadikan alat memastikan diri dan partinya terus berkuasa.

Rakyat telah menggadaikan pelbagai hak dan kebebasan mereka sebagai ganti kepada jaminan keselamatan. Namun hakikatnya rakyat hanya menikmati kerajaan yang zalim, korup dan menindas rakyat. Propaganda keselamatan daripada kekacauan tidak lain hanya satu illusi supaya rakyat terus bergantung kepada Adam Sutler dan regim Norsefire. Keselesaan Adam Sutler dan regimnya tidak kekal lama setelah munculnya seorang lelaki misteri yang samar-samar latar belakangnya dan menggelarkan dirinya V. Lelaki misteri itu mula menampakkan penentangan dan mula mempengaruhi rakyat untuk melakukan revolusi menjatuhkan kerajaan korup pimpinan Adam Sutler.

Tindakannya digerakkan semangat untuk membalas dendam dan pada masa yang sama melenyapkan kerajaan korup, zalim dan memperkotak-katikkan hak asasi manusia, keadilan dan kebebasan. V pada masa yang sama juga mempersiapkan Evey, gadis yang diselamatkannya daripada cubaan rogol sekumpulan Fingermen (polis rahsia) untuk menjadi pembawa ide perjuangannya.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)