Wednesday, December 23, 2009

Chef Tak Bertauliah




Beberapa hari ini aku jadi chef tak bertauliah. Sepanjang kembara di bumi Hang Tuah ini aku menumpang di rumah sewa sahabat. Rumah sewanya lengkap dengan peralatan asas memasak. Aku ni ada sikit minat memasak walaupun tak terer. Orang kata janji dapat makan.

Hari pertama aku lepak rumah sahabat ni, makan malam, ayam goreng dan kangkung goreng. Hari kedua, sarapan pagi, cucur bawang dan lempeng. Makan malam, sup ayam, sawi goreng. Hari ketiga, sarapan pagi, nasi goreng. Makan malam, sup ayam, kangkung goreng. Pagi tadi, nasi goreng. Malam ni katanya nak makan ikan keli. Masak apa belum tahu lagi.

Masak bersama-sama dengan sahabat ini merupakan satu mekanisme untuk mengeratkan ukhwah. Jika selalunya kita berusrah, bertamrin dan berrehlah untuk mengeratkan ukhwah, sekali sekala kita boleh masak bersama-sama. Kita boleh rasai kemanisan berukhwah. Masak ni sama la dengan kita berjemaah ataupun berorganisasi. Setiap orang ada peranan masing-masing. Ada yang sediakan bahan-bahan. Ada yang masak. Ada yang basuh peralatan. Ada yang makan....makan bersama-sama la.

Semasa memasak kita ada VMO yang sama. VMO dalam memasak ialah untuk mengenyangkan perut yang yang sedang kelaparan. Semua orang bekerja untuk tujuan yang sama. Kebersamaan matlamat. Sama la dalam berjemaah kita aplikasikan pelbagai teori pengurusan, VMO (vision, mission, objective) la, MBO (management by objective) la, Kaizen la dan macam-macam lagi. Semua ahli bekerja untuk mencapai visi jemaah.

Memasak juga perlukan kita kreatif dan inovatif untuk menjadikan makanan kita sedap dan boleh dimakan. Aku selalu je bereksperiman dalam masakan. Biasalah, sebab tak tahu memasak, kita namakan ia eksperimen. Dalam berjemaah kita juga digalakkan untuk kreatif dan inovatif untuk menyampaikan dakwah. Kita mestilah bijak untuk mengatasi ujian dan permasalahan yang melanda. Akal mestilah digunakan dengan sebaik mungkin.

Memasak ini untuk memenuhi keperluan fizikal kita. Untuk memberikan tenaga untuk tubuh. Baru boleh kita berdakwah dan berjuang dengan fizikal yang bagus. Samalah juga, kita jangan lupa untuk beri makanan untuk rohani kita. Dalam kesibukan kita bermesyuart, berusrah dan bermacam-macam lagi, kita jangan lupa untuk membaca Al-Quran dan solat tahajud di keheningan malam. Ramai orang hebat (kononnya) dalam pengurusan jemaah, tetapi hubungan dengan Allah semacam tidak dititikberatkan. Sedangkan tahajud dan Al-Quran merupakan vitamin dan supplement yang akan memberikan kekuatan dan ketenangan ketika kita sedang di uji dengan pelbagai dugaan dan kesusahan untuk memperjuangkan Islam.

Mungkin bagi sebahagian orang melihat memasak bersama sahabat ni perkara yang remeh, tetapi bagi aku ia punyai nilai yang tinggi untuk ukhwah dan perjuangan Islam.  Perkara sekecil ini besar impaknya untuk jemaah.

Lagi lama aku lepak kat sini, ada kemungkinan sahabat aku jadi macam aku. Haha..

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)