Wednesday, December 23, 2009

Di Dada Karpal Singh Ada Bulan



Marilah kita mendengar dan meneliti dengan minda intelektual ucapan-ucapan ini. Perhatikan bagaimana dakwah Islam dilaksanakan. Kedua-dua Tok Guru bercakap mengenai Islam. Membaca kalamullah. Menghuraikan keindahan Islam...dan banyak lagi la....Perhatikan bagaimana bijaknya politik pimpinan jemaah Islam. Bersatu dalam Pakatan Rakyat untuk menewaskan Barisan Nasional. PAS  terus teguh memelihara dasar-dasar Islam walaupun bersama DAP dan PKR dalam kerjasama politik.

Semasa sesi Sekolah Pemikir Muda, slot petang, Bedah Buku, yang dimoderatorkan oleh Azlan Zainal, Pengarah Urusan ILHAM CENTRE, beliau mengemukakan satu persoalan mengenai perjuangan PAS hari ini;  mana lebih penting, formality atau substance? 

Prinsip tetap sama tetapi pendekatan yang berbeza. Dulu PAS melaungkan slogan Negara Islam tetapi kini PAS jarang kedengaran melaungkan slogan Negara Islam tetapi bekerja keras untuk mencapai 'isi' Negara Islam. Perkara sama telah di ulas oleh Mohd Khairul Naim, urusetia Sekolah Pemikir Muda dalam blog beliau. Kita pun sama-sama boleh fikirkan...

1. Ucapan Mursyidul Am PAS



2.  Ucapan Presiden PAS

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)