Monday, October 19, 2009

Selamat Jalan Tok Cek...

Tok Cek...

'Tok Cek' merupakan nama panggilan untuk datuk sebelah emak aku. Emak aku bahasakan ayahnya 'Cek'. Jadi cucu-cucu panggil datuk, 'Tok Cek'. Nama sebenarnya Ismail. Orang2 kampung panggil 'Paksu Wel'. Nenek sebelah ibu aku panggil 'Tok Jah', nama sebenarnya Khadijah.Bahasa panggilan yang biasa digunakan di Kelantan dan Jerteh, Terengganu.

Tok Cek dan Tok Jah ada ramai anak. 19 orang semuanya. Anak sulung Tok Cek seorang pensyarah di Kusza, sedang menghampiri umur persaraan. Anak Tok Cek yang bongsu, 22 tahun, masih belajar. Emak aku anak yang ketiga. Anak-anak Tok Cek ada kerja pensyarah, doktor, PTD, ahli perniagaan dan lain2, paling ramai jadi cikgu, termasuk emak aku.

Aku ada kenangan dengan Tok Cek masa kanak-kanak dahulu. Masa tu emak dan ayah aku ke Mekah untuk tunaikan haji, jadi aku dan adik-adik tinggal dengan Tok Cek dan Tok Jah. Masa tu aku darjah 5. Tok Cek hantar dan jemput aku dan adik2 pergi dan balik dari sekolah tiap-tiap hari. Tok Cek selalu bawa aku pergi makan roti canai. Aku bonceng motor Tok Cek. Tok Cek suka pakai jaket celoreng tentera bila naik motor.

Tok Cek seorang aktivis Parti Islam yang cukup kuat. Bila musim pilihanraya, rumah Tok Cek merupakan markaz Parti Islam. Bendera-bendera parti akan berkibar megah. Tok Cek pernah cerita kat aku, Tok Guru Haji Hadi Awang pernah berceramah di rumahnya pada awal perjuangan Islam bertapak di kampungnya dahulu. Anak-anak, Tok Cek pastikan semuanya, paling kurang, penyokong Parti Islam. Menantu juga begitu, Tok Cek pastikan semua menantunya, paling kurang, penyokong Parti Islam.

4 hari lepas, Tok Cek menjalani pembedahan di Hospital Kota Bharu. Saluran jantung tersumbat. Anak-anak menyewa hotel di Kota Bharu untuk temankan Tok Cek. Lepas pembedahan ,Tok Cek tidak sedar.

18 Oktober 2009, emak SMS aku,
Tok Cek tenat. Doakan Tok Cek.

19 Oktober 2009, 5.58 pagi, emak SMS aku:
Tok Cek dah meninggal tadi, doakan rohnya ditempatkan bersama orang2 soleh.

Tok Cek meninggal pada usia 73 tahun. Jenazah Tok Cek dibawa pulang ke rumah di Alor Lintang, Besut, Terengganu,rumah sama tempat aku dilahirkan. Tok Cek dikebumikan selepas Zohor.

Selamat Jalan Tok Cek. Moga rohmu ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Selamat Jalan Tok Cek... Selamat Jalan...

3 comments:

  1. ...banyak sacrifice Tok Cek...

    Semoga kluarga Akhtar Syaheed dikurniakan kkuatan menghadapi ketentuan ALLAH ini... Smoga roh Tok Cek dicucuri rahmatNYA...

    ReplyDelete
  2. Salam takziah utk Akhtar Syaheed sekuarga....
    Tabahkan hatimu dalam menempuhi masa mendatang..

    ReplyDelete
  3. semoga rohnya di temptkan bersama org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)