Thursday, October 15, 2009

Kepimpinan Jemaah Islam Kampus: Tidak boleh ditegur?


Kepimpinan bukan soal main-main dalam JIK. Islam mengajarkan kepada kita betapa pentingnya kepimpinan. Sejarah Islam telah mengajar kita ketika kewafatan Kekasih Allah, Muhammad SAW, para sahabat telah memberi keutamaan dalam melantik pengganti Nabi Muhammad SAW untuk memimpin ummat Islam. Kita juga selalu mendengar kata-kata Umar Al Khattab yang popular ini: Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan.


Kepimpinan merupakan suatu amanah yang akan disoal oleh Allah SWT pada hari Akhirat nanti. Kepimpinan bukanlah satu kebanggaan dan kemuliaan tetapi merupakan satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Para Khulafa’ ar-Rasyidin sendiri merasakan diri mereka bukanlah orang yang paling layak untuk memimpin. Mereka faham kepimpinan merupakan satu amanah yang besar dari Allah SWT. Tidak hairanlah ada di kalangan mereka yang sanggup dimuhasabah dengan mata pedang. Kepimpinan Jemaah Islam Kampus hari ini bagaimana? Sanggupkan dimuhasabah dengan mata pedang? Atau sudah melenting dimuhasabah dengan kata-kata?


Mari kita sama-sama memahami prinsip asas dalam kepimpinan Islam.


Antara prinsip kepimpinan Islam ialah Syura. Allah berfirman dalam Surah Asy Syura ayat 38: Ertinya: “Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Syura merupakan asas dalam memutuskan tindakan jemaah. Keputusan yang penting dan memberi kesan yang besar kepada jemaah hendaklah diputuskan melalui syura. Perkara-perkara yang penting dalam jemaah hendaklah dibincangkan secara terperinci bukannya dengan sikap sambil lewa atau tidak apa. Ataupun memberikan alasan tidak punyai masa yang cukup untuk disyurakan. Perancangan jemaah hendaklah disyurakan secara mendalam dan berhati-hati agar setiap keputusan yang dibuat merupakan yang terbaik untuk JIK.

Prinsip yang lain ialah bebas memberi pandangan. Pemimpin hendaklah menyediakan ruang untuk ahli memberikan pendapat dan idea yang membina. Ruang untuk menegur mestilah ada dan pemimpin mesti bersedia untuk ditegur. Umat Khulafa’ Ar Rasyidin bersedia untuk menegur pimpinan dengan mata pedang. Pimpinan mesti bersikap adil, berunding dan hormat menghormati. Pemimpin bukan sekadar bertanggungjawab kepada ahli tetapi yang lebih berat bertanggungjawab kepada Allah SWT.

Aku harap aku boleh berlapang dada dalam menerima teguran daripada sahabat-sahabat yang pastinya menyayangi aku dan ingin melihat aku melakukan yang terbaik untuk Islam.

Rujukan dan ‘potong dan tampal’ dari :
Pengajian Islam, Konsep Kepimpinan Dalam Islam

6 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Memetik frasa ayat dalam aritikel ini :

    (...Tidak hairanlah ada di kalangan mereka yang sanggup dimuhasabah dengan mata pedang. Kepimpinan Jemaah Islam Kampus hari ini bagaimana? Sanggupkan dimuhasabah dengan mata pedang? Atau sudah melenting dimuhasabah dengan kata-kata?...)

    Persoalan yang menarik, pd pendapt saya K-JIK memang PATUT ditegur jika salah, dan seharusnya individu yang menegur pula JANGANLAH MERASA SEPERTI MEREKA (K-JIK) TIDAK MENERIMA TEGURAN @ 'MELENTING' KEPADA ANDA SEKIRANYA DIA MAHU MENEGUR ANDA PULA DALAM WAKTU YANG SAMA...

    Bila masing-masing dah mula salah faham, sebab tu boleh timbul persoalan ADAKAH MEREKA YANG DI TEGUR TIDAK MENERIMA TEGURAN ATAU TERIMA?

    Sekadar pandangan dari insan hina disisi Allah..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Pada pendapat saya yang tak seberapa ni, bagi individu-individu yang tidak menerima teguran @ cara menegur sahabat lain dalam JIK memang dah lupa konsep asas nasihat-menasihati dalam jemaah itu sendiri...lupa akan pentingnya ada check and balance dalam JIK...lupa sahabat menegur kerana sayang, bukan sebab nak cari gaduh.

    mudah-mudahan, ALLAH sentiasa tunjukkan kita jalan kebenaran...dan menjadikan kita insan-insan yang berlapang dada sedia menerima kebenaran itu ...

    ...wALLAHu'alam

    ReplyDelete
  3. jangan asyik tegur salah orang...salah sendiri dilupa...

    ReplyDelete
  4. sok sek sikit
    selalu terfikir
    antara menegur dan ditegur
    mana lebih hebat
    orang yang menegur
    atau orang yang ditegur
    orang yang menegur untuk kebaikan
    atau orang yang ditegur untuk menerima sesuatu untuk diperbaiki walau dengan apapun teguran
    (kasar,lembut,sopan,tajam dll)
    tertanya dalam hati
    adakah hal jemaah ni satu konsep yang main2
    dan ahli atau sebagainya tidak boleh menegur seorang pepimpin,atau sebarang keputusan hendaklah diterima tanpa dibincangkan
    Kaedah maner untuk menegur
    Adakah konsep menerima dan memberi kurang keberadaannya
    Fikir2lah sendiri
    Ambil kisah Saidina Ali dan Rasulullah
    Seorang kekasih Allah dan seorang lagi sahabat baik Rasulullah...
    Namun kedua2nya tak melatah apabila menegur dan ditegur...

    ReplyDelete
  5. Ada satu pepatah zaman kanak-kanak dahulu: "Cerdik tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak ajar"

    ReplyDelete
  6. Salam semua.
    Sejak sertai JIK 1998-2001,isu ini masih sama je.. manusia sering bertukar tapi perangai tetap sama..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)