Wednesday, October 7, 2009

Episod Di Bagan Pinang

Bismillahirrahmanirrahim….

“ Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata2. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan…” Al-Anfal:39.

Terlebih dahulu aku memohon maaf kepada sahabat2 pengunjung blog Akhtar Syaheed kerana mungkin tulisan ku kali ini agak panjang. Agak membosankan. Namun inilah yang aku mampu ringkaskan sepanjang dua hari berkampung di Bagan Pinang. Sekadar perkongsian kisah.

Bermulanya episod di Bagan Pinang…..

Berkunjung ke Port Dickson (PD) kali ini berbeza dengan kunjungan aku sebelum ini. Berbeza dari segi tujuan dan keadaan sekeliling PD sebelum ni. Perang bendera telah pun bermula!!! Di sekitar laluan ke Bagan Pinang, jalanraya dipenuhi bendera2 parti yang bertanding. Sememangnya meriah..

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya yang belum lagi berakhir, di tambah pula dengan kemeriahan berpilihanraya, penduduk Bagan Pinang terutamanya peniaga2, pemilik2 premis penginapan sememangnya beruntung. Mana tidaknya, kebanyakan rumah tumpangan, hotel telah pun dipenuhi oleh orang2 dari luar Negeri Sembilan bagi menjayakan proses berkempen. Itulah dinamakan sebagai rezeki.

Pada malam hari kami berkesempatan mendengar ceramah YB Bagan Serai. Amat menarik, penuh semangat dan bertenaga. Sedikit petikan dari kisah yang beliau sampaikan. Orang2 India Bagan Serai mengadakan lawatan ke Kelantan. Saya bertanyakan pada mereka, “ Sesudah sampai di Kelantan ke mana destinasi pertama yang kamu akan tuju?” Mereka menjawab, “mula2 kami akan ke ceramah Tuan Guru..”. Orang bukan Muslim pun tahu menghargai ulama’ besar seperti Tuan Guru, tapi kita yang Islam tulen tak henti2 mencaci ulama’. Mungkin zaman sekarang telah pun mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW di mana para ulama’ sudah tidak diikuti lagi. Na’uzubillah..

Berpeluang mengikuti hari penamaan calon pada 3hb oktober memberikan pengalaman yang cukup menarik bagi kami. Seawal jam 7 pagi, kami menuju ke Masjid Bagan Pinang untuk sama2 melakukan solat hajat. Ku kira inilah satu2nya kekuatan yang ada pada parti yang satu ini. Sentiasa bergantung harap, bersembah sujud pada Allah Yang Maha Pencipta. Berjalan sejauh lebih kurang 7 km dari Masjid Bagan Pinang, kami menuju ke perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson iaitu tempat penamaan calon. Keadaan rebas (hujan renyai2) tidak membantutkan kami untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan lancar walaupun ada disiarkan dalam media mengatakan bahawa berlakunya insiden. Namun itulah sebenarnya publisiti murahan. Ketandusan idea.

Hari berikutnya. Maka bermulalah gerak kerja kami bermula dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat pucuk pimpinan. Proses penculaan dari rumah ke rumah kami lalui untuk pertama kalinya. Bersama2 muslimat Kelantan amat menyeronokkan. Mereka amat bersemangat, tidak gentar. Tahniah Tuan Guru…kerana berjaya melahirkan tenaga kerja yang “sami’na wa ato’na”. Pada malam harinya ceramah oleh pimpinan2 parti yang pastinya bakal memberikan sentuhan yang terbaik untuk bakal rakyatnya. Amin..

Apa yang di harapkan oleh rakyat Bagan Pinang khasnya adalah suatu perubahan bakal berlaku. Perubahan yang akan membawa ke arah mendahulukan rakyat, bukan mengkronikan kaum kerabat.

Diharapkan Bagan Pinang akan dapat mewarisi kejayaan2 PRK sebelum ini. Hanya doa yang mampu kami iringi. Moga Allah SWT mengira setiap amal kebajikan yang kita lakukan untuk menolong agama Allah. Takbir!

6 comments:

  1. Salam ukhuwwah untuk pengundi2 di Bagan Pinang serta tenaga2 kerja di sana... Berjuang sehingga ke titisan darah terakhir...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,perjuangn berlndaskn islam mendpt redhaNya...
    moga perubahan bkl terlaksana,memudhkn lagi gerak dakwah yang menjadi agenda kita semua...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Berjuanglah...janji Allah pasti berlaku...perjuangan ini tidak ada kalah...hidup mulia atau syahid...

    ReplyDelete
  4. Marilah kita menuggu apakah jawapan yang di beri oleh rakyat bagan pinang...moga Allah bersama kita menegak kan perjuangan Islam

    ReplyDelete
  5. mereka msh menutup mata..
    atau sengaja menutup mata..
    tertutup mata hati mereka...
    jgn kecewa..ini hnya permulaan sebuah perjuangn yang tiada kesudahn...
    hnya Allah tmpt brgntung..
    ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  6. Tewas dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Perjuangan masih panjang. Pilihanraya merupakan salah satu cara untuk memperjuangkan Islam

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)