Sunday, May 8, 2011

Khabar apakah mereka?

"Ustaz, boleh cakap tak sebentar" tiba-tiba je aku terdengar suara memanggil aku dari luar kelas. Aku menoleh dan secara automatik tersenyum pada dua orang makcik cleaner berbaju biru di luarkelas.

"Ada apa ye makcik" Aku bersopan santun sambil mengawasi pelajar kelas aku mewarna huruf hijaiyyah.

"Ustaz boleh ajar mengaji tak?",

"Boleh je makcik"

"Boleh makcik hantar anak makcik mengaji dengan ustaz?"

"Boleh je makcik"

"Ambil berapa satu kepala?"

Otak aku semacam 'shock'. Agak lama aku mengambil masa untuk menjawab.

"Saya tak kisah pasal tu, terpulang la pada makcik". Aku memberikan kata putus. Serta merta aku teringat kat Apoi, Udin dan Syafiq. Khabar apakah mereka sekarang?

Masih ingat Apoi, Udin dan Syafiq? Klik sini.

2 comments:

  1. masih ramai yg tdk tahu mmbaca al-quran.bkn yg msh kecil..tp yg golongn yg mnghmpiri usia senja...siapa yg ptt d slhkn?ustaz,pe cara yg terbaik utk memastikn golongn ini mengenal kalam Allah?

    ReplyDelete
  2. Kita semua mesti meneruskan perjuangan Rasulullah SAW... Setiap orang kena mainkan peranan mengikut kemampuan masing2. yang boleh bagi ceramah, silakan, yang biasa2 mcm saya, ngajar ngaji pun ok.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)