Thursday, December 9, 2010

Sembang Asas Organisasi

Seorang adik hubungi aku semalam. Dia baru di amanahkan untuk memimpin satu organisasi Islam di kampus.

"Apa yang ana perlu tahu ye?" Dia merendah diri bila bersembang dengan aku. Ana mencadangkan dia memahami beberapa perkara yang aku tahu dia telah tahu.

1. Perlu memahami VMO organisasi tersebut. VMO = visi, misi, objektif. Biasanya kepimpinan diteruskan dari satu generasi ke satu generasi tetapi visi sesebuah organisasi masih kekal sama sehinggalah visi tersebut dapat dicapai. Penting untuk memahami halatuju sesebuah organisasi kerana seseorang pemimpin boleh tergelincir daripada visi sedia ada. Ini akan merugikan segala hal dari segi masa nahupun sumber manusia. Contohnya, visi organisasi tersebut ialah melahirkan generasi Ansarullah. Visi ini merupakan visi yang berterusan kerana visinya bukan visi yang senang dicapai. Menulis sebuah buku lebih senang dari membentuk sekumpulan manusia. Contoh misi ialah merekrut 50 orang ahli baru setiap sem. Jadi seorang pemimpin perlu bekerja dan menguruskan organisasinya untuk mencapai misi dan visi yang telah digariskan.

2. Perlu memahami struktur organisasi tersebut. Seorang ketua perlu memahami struktur organisasi dan juga individu yang berada dalam organisasi tersebut. Contohnya, organisasi tersebut terdiri daripada berapa posisi utama? Berapa bironya? Pengerusi, Timbalan Pengerusi , Timbalan Pengerusi 2, Timbalan Pengerusi 3, Setiausaha, Setiausaha Kerja, Bendahari. Biro Penerangan, Biro Keahlian, Biro Pendidikan, Biro Ekonomi, Biro Kebajikan dan lain2. Pemimpin juga semestinya mengetahui setiap bidang kerja di dalam organisasi tersebut secara umum. Insya Allah perjalanan organisasi akan lancar.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)