Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua.

Malam Maal Hijrah aku tonton cerita kat TV3 bertajuk Dakwah Muharam arahan Eirma Fatima. Antara pelakonnya ialah Aqasha dan Amer Sofaz.

Amer Sofaz membawa watak seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga yang islamik. Bagaimanapun beliau sangat meminati muzik dan menjadi vokalis band muzik dan berhajat menyambung pelajaran dalam bidang muzik. Hasratnya ditentang keras oleh ayahnya.

Aqasha membawa watak abang kepada Amer Sofaz. Beliau baru menamatkan pengajian dari Universiti Al Azhar. Beliau menjadi harapan ayahnya untuk meneruskan legasi sebagai seorang Ustaz. Beliau risau dengan realti muda mudi yang terjebak dengan perkara mungkar. Beliau berpendapat pendakwah mesti memahami audiennya. Orang yang selalu ke masjid tidak perlu lagi didakwah sebaliknya menumpukan kepada muda mudi yang menjauhi masjid. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berdakwah di Bukit Bintang dengan menggunakan medium muda mudi iatu konsert.

Ada positif dan negatifnya cerita ini. Menurut Dr Faisal Tehrani, filem Islam itu mestilah Islam secara keseluruhannya. Maksudnya dari segi falsafah filem itu sendiri, jalan ceritanya, skripnya, para pelakonnya serta semua aspek perfileman. Malangnya drama ini masih menonjolkan pelakon yang tidak menutup aurat serta bersentuhan lelaki perempuan.

Aku suka idea Eirma untuk drama ini. Pendakwah perlu bereksperimental dengan uslub dakwah. Pendakwah perlu memahami mad'u serta cuba menggunakan platform yang disenangi oleh mad'u tanpa mengadai prinsip Islam.

Para pendakwah perlu mendalami ilmu bantu yang pelbagai untuk meluaskan medan dakwah. Para pendakwah boleh menjadi seorang pengiat filem atau seorang atlet atau aktivis sastera dan apa sahaja selain ustaz.

2 comments:

  1. ana pun tgk gak citer tu best sgt method dakwah dia..tapi 1 je x bagus bila kat konsert tu yang nyanyi sekali si perempuan tudung labuh tu...momo

    ReplyDelete
  2. momo xnak bereksperimental ke? Boleh je cadang by lensa untuk wat konsert gak....huhu

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)