Sunday, December 12, 2010

Kenangan Penerbitan Risalah Zaman Sekolah

Aku dihubungi oleh seorang adik masa sekolah menengah dulu. Sekolah SMU(A) Saniah. Rupanya dia sekarang dah berada di UIA. Dia hubungi aku untuk minta satu kertas kerja mengenai penerbitan yang aku bentangkan kepada ajk biro penerbitan Badan Dakwah suatu ketika dulu.

Lajnah penerbitan Badan Dakwah merupakan perkara yang momental dan sentimental buat aku dan zaujah. Lajnah Dakwah ialah pertemuan pertama aku dengan zaujah aku sekarang. Lebih kurang 6 tahun yang lalu. Masa itu, aku sebagai  Naqib Lajnah dan dia sebagai Naqibah Lajnah.

Produk yang kami hasilkan ialah sebuah majalah mini. Sangat mini kerana ianya cuma beberapa helai A4 yang dilipat dua secara melintang. Kami namakan ia "ZIKR". Guru penasihat Badan Dakwah pada masa itu ialah Ustazah Norliza yang cukup berdedikasi membantu segala yang terdaya untuk memastikan majalah ini dapat menemui para pembaca.

Ini sedikit perkongsian buat semua dalam menerbitkan majalah mini secara indie.

1. Perkara pertama ialah tujuan. Setiap perbuatan bermula dengan niat. Apakah tujuan sesuatu majalah itu diterbitkan? Untuk berdakwah? Untuk berhibur? untuk bersuka2?  Mesti jelas apakah tujuannya sebab semua perkara selepas ini berdasarkan tujuan yang utama ini. Sebagai contohnya:

Visi : Menyebarkan mesej dakwah kepada mahasiswa
Misi: Menerbitkan majalah dakwah yang berkualiti.
Objektif : Menerbitkan sebuah majalah setiap bulan.

2. Apakah konsep majalah. Ilmiah? Santai? Komik? Santai + komik? Ilmiah + komik? Konsep majalah bergantung kepada uslub bagaimana mahu menyampaikan dakwah tersebut. Ada orang selesa dengan majalah ilmiah. Ada juga yang senang dengan majalah santai. Terpulang kepada analisa pihak penerbit.

3. Senaraikan cadangan ruangan yang ingin dimasukkan dalam majalah. Contohnya isu, fekah, soal jawab, resipi, lagu pilihan, bicara tamu, sukan dan lain-lain lagi. Boleh tengok contoh majalah-majalah lain seperti Solusi, Anis, Mingguan Wanita, Dewan Sastera dan lain2. 

Aku bukannya ada kemahiran sangat dalam penerbitan majalah mini ni. Aku suka guna Microsof Publisher. Dulu aku cuba gak Page Maker, tapi kompleks sangat. Microsoft Publisher sangat 'friendly' dengan aku yang amatur ni.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)