Tuesday, October 19, 2010

Bajet 2011: Sorotan Ringkas

Jangan mudah tersilau dan terpedaya dengan angka2 yang tak lain tak bukan hanyalah kosmetik dan silap mata untuk mengaburi mata rakyat.

Cuti bersalin 90 hari? Silap mata je tu. Sebab ia tetap tak boleh melebihi 300 hari sepanjang perkhidmatan, sama seperti sebelumnya. Bezanya ada pilihan. 1. 300 hari bahagi 90 hari = 3 kelahiran. 2. 300 hari bahagi 60 hari = 5 kelahiran.

Tak lain tak bukan hanyalah penjenamaan semula, sedangkan kesejahteraan rakyat masih berada di takuk lama. BN yang memerintah lebih 50 tahun, yang terang- terang gagal mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, bagaimana mungkin boleh melakukan perubahan sedangkan rasuah, ketirisan terus berleluasa.

Siapa Rosmah? Menteri? Kenapa PERMATA dapat peruntukan yang banyak? Sedangkan peruntukan tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk meningkatkan pembinaan manusia yang menyeluruh, bukannya untuk beberapa golongan tertentu.

PERMATA                          - RM 111 juta
Orang Asli & Pribumi            - RM 100 juta.
SAR ( Menegah & Rendah )  - RM 95 juta

Projek Mega Warisan Merdeka yang kos asasnya RM 5 bilion, diragui dalam memberikan kesan kepasda kesejahteraan rakyat. Yang tidak diragui pastinya ia memberikan keuntungan kepada pimpinan UBN. Projek yang lebih terus kepada rakyat seperti ECER hanya mendapat peruntukan lebih kurang 3.6% sahaja dari projek Warisan Merdeka. 

Sepatutnya peningkatan taraf hidup rakyat miskin perlu diberi penekanan; bukannya projek mega yang membuncitkan perut pemipin UBN; serta melibatkan golongan rakyat teramai ini sebagai pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.

2 comments:

  1. Apa boleh buat, salah rakat juga memilih pemimpin yang salah. Antara satu daripada bencana yang disebutkan Rasulullah yang akan menimpa umat apabila golongan faqir diabaikan ialah; pemimpin yang tidak adil.

    ReplyDelete
  2. betul tu. Menjadi tanggungjawab semua untuk menyedarkan mereka yang belum sedar. usaha dakwah perlu dipertingkatkan. Kalau di kampus sertailah usrah....

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)