Wednesday, October 20, 2010

18 Minggu

Minggu ni kandungan zaujah aku sudah 18 minggu, atau 4 bulan setengah. Isnin lepas dia ke klinik untuk scan kandungan. Katanya gembira sangat bila tengok visual kandungan tu bergerak2. Alhamdulillah, zaujah aku dan kandungannya dalam keadaan sihat.

Aku sendiri berdebar2 dan penuh teruja.

Di hadapan tanggungjawab besar menanti aku. Jika junior aku hangat membicarakan soal baitul muslim. Berteori segala macam mengenai baitul muslim. Aku pula sedang berusaha mempraktikkan baitul muslim. Praktikalnya tidak semudah perkataan yang meluncur di bibir. Kekuatan dalam segala aspek seperti fizikal, mental, emosi, rohani serta lain2 lagi amatlah dituntut.

Persiapan untuk menerima orang baru dalam hidup kami sedang rancak dilakukan. Persiapan diri kami yang bakal bergelar abi dan ummi. Juga persiapan buat cahaya mata yang bakal lahir. 

Buku Cinta di Rumah Hasan Al Banna tulisan Ustaz Muhammad Lili Nur Aulia selalu aku tekuni berulang kali. Aku sungguh terkesan dengan teladan yang ditunjukkan oleh Imam Hasan Al Banna sebagai seorang suami dan juga ayah.

Aku berdoa supaya aku juga boleh seperti Imam Hasan Al Banna.

2 comments:

  1. Semoga Allah memberkati anta dan zaujah, dan semoga bakal cahaya mata menjadi anak yang soleh/solehah. :)

    ReplyDelete
  2. Amin....... nanti nak wat pertandingan memberi nama anak la...hehe

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)