Tuesday, July 6, 2010

Ketagih

Tiba2 sahaja pagi ini aku ketagihan. Sindrom ketagihan yang begitu ketara memang menunjukkan aku sedang mengalami ketagihan peringkat serius.

Gelisah yang tidak menentu. Sekejap bangun sekejap duduk. Macam kucing hilang anak. Tak tahan terus begitu, aku minta izin untuk keluar. Aku ke pekan Sungai Udang. Aku pusing bangunan kedai yang ada di Sungai Udang, tapi tak dapat juga apa yang aku cari.

Tiba2 aku terlintas Tesco Cheng. Kalau dulu aku selalu dapat dekat Tesco Bandar Melaka. Sg Udang ke Cheng tak jauh mana, tapi jauh la juga. Aku terus ke Cheng. Pusing punya pusing Tesco Cheng, aku pulang dengan hampa.

Aku ketagih untuk membaca. Aku cari kedai buku tak jumpa2. Biasanya aku beli buku kat Popular Tesco Bandar Melaka. Bulan lepas aku beli 3 buah buku. Bulan ni belum lagi. Itu yang ketagih semacam je.

Bagi aku, pimpinan mahasiswa Islam memang patut ketagih buku. Pemimpin adalah pemikir. Minda perlu kritis dan kreatif. Bukannya menjadi pak turut. Bukan juga beku dan mandom macam duduk dalam gua.

Alhamdulillah, ketagih aku pada buku turut dikongsi sama bersama zaujah. Nanti aku boleh bedah buku kat rumah.

2 comments:

  1. emm betul2 dari pembacaan2 ni lah banyak yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.. ha akhtar boleh cadangkan buku2 pada kami sume

    ReplyDelete
  2. Bulan lepas saya baca MEJA RUNDING: DARI KONFLIK KE SOLUSI STRATEGIK. Boleh lihat di http://pts.com.my/index.php/buku/meja-runding-dari-konflik-ke-solusi-strategik/.

    Muhammad bin Abdullah, yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat islam pada zaman lampau, tidak dilahirkan biasa-biasa. Antara kisah sejarah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia ialah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, rundingan wakil nabi di Habsyah, sumpah setia Aqabah, piagam Madinah, tawanan perang Badar, perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi. Semuanya ada dihuraikan di dalam Meja Runding ini.

    Selain itu, antara bonus yang terkandung dalam Meja Runding ialah:
    - Bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan?
    - Beberapa contoh kajian kes rundingan yang melibatkan tebusan.
    - Contoh kes rundingan dalam dunia semasa seperti di Malaysia, Amerika, Iran dan lain-lain.
    - Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan.
    - Seni mencari kesepakatan dalam tawar-menawar.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)