Wednesday, July 7, 2010

Shafie Apdal Biadap Tuduh PAS Sesat

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Apa hujah? Apa dakwaan? Apa bukti? 

Di dalam  Perlembagaan  Pas fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

Pakai Kitabullah sesat?
Ikut sunnah rasul sesat?

UMNO pula apa dasarnya?

Kita tak mahu tanya Shafie apa itu Kitabullah, apa itu Sunnah Rasul, apa itu Ijmak Ulamak, apa itu Qias, sebab kita pun tahu kemampuan beliau.

Kenyataan beliau amat biadap serta penuh dengan emosi  dan mentah dalam hal ehwal agama. Sebelum nak tuduh PAS sesat, cuba tengok balik kenyataan pemimpin UMNO yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW.

( Adaptasi dari kenyataan Akhbar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad )

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)