Thursday, July 15, 2010

Baitul Muslim

Semalam aku ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg Baru bersama zaujah. Menikmati jenahak bakar dan sotong goreng celup tepung. Bukan sekadar untuk mengisi perut tetapi yang lebih penting mengisi kasih sayang baitul muslim kami. Bukan sekadar menikmati jenahak bakar tetapi lebih penting menikmati baitul muslim kami. 

Proses membina baitul muslim bukanlah selesai apabila selesainya ijab kabul tetapi itulah detik pemulaan sebuah baitul muslim. 

Bagi aku banyak kemahiran yang diperlukan untuk membina baitul muslim yang bagus. Jika tidak hanya berbaitul muslim di bibir mulut. Asas kepada baitul muslim sama seperli kualiti asas yang patut ada pada ahli jemaah. 1. Aqidah yang mantap 2. Fikrah Islamiyyah yang jelas. 3.Akhlak yang soleh solehah.

Itu baru asas. Jika di amanahkan sebagai pimpinan jemaah, kita mesti ada kualiti dalam pengurusan dan kepimpinan. Begitu juga untuk membina baitul muslim, mesti ada kualiti pengurusan rumahtangga. Kualiti sebagai suami. Kualiti sebagai isteri.

Sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar perkara jika tidak di uruskan dengan betul. Suami atau isteri ialah orang yang hari2 kita berinteraksi. Segala kekurangan pasti akan diketahui. Jika masa di kampus kita masih boleh sorok daripada sahabat2. Masa jumpa sahabat2 kitalah orang yang paling kemas tetapi masa di rumah, jemur pakaian main campak je. 

Takkan bila dah kahwin, semua kerja rumah isteri yang buat. Kemas rumah, isteri. Masak, isteri. Basuh pakaian, isteri. Jemur pakaian, isteri. Buang sampah, isteri. Tutup tingkap, isteri.

Suami? Cuma pandai berkata2 : Baitul muslim perlukan tarbiyyah barulah boleh berjaya.

Muslimat pulak, masa belajar boleh la makan nasi bungkus tiap2 hari. Dah kahwin takkan tiap2 hari makan nasi bungkus gak. Masa belajar boleh lagi nak lambak pakaian tapi bila dah kahwin takkan masih nak campak macam dulu.

Ini baru asas pengurusan diri. Belum cerita pasal pengurusan emosi, mental, kewangan dan lain-lain lagi.

5 comments:

  1. Sam,betul2,alhamdulillah ana doakan nta dapat membina baitul muslim yang baik dan contoh terbaik pada keluarga,huhu bertambah ahli keluarga kami yang paling penting kami sekarang berummi...huhu,jangan marah ye akhtar syaheed...doakan kami juga dapat membina baitul muslim,insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Gembira la tu dah berummi sekarang..... Nanti nak cakap ngan ummi, jangan baik sangat ngan korang..hehe

    ReplyDelete
  3. salam..saya setuju dgn pendapat Akhtar.
    memang segalanya menjadi lebih teliti selepas ijabkabul.
    seorang daei harus bersedia fizikal dan mental untuk kehidupan sebelum dan selepas ijabkabul..
    xgitu Akhtar??
    jenahak bakar dan sotong goreng kalo buat sendiri dengan pasangan lagi bagus..
    lagi mengikat kasih sayang..hehe.

    bila la dapat makan jenahak bakar dan sotong goreng dengan Akhtar ni;-)

    ReplyDelete
  4. Kalo buat sendiri kat umah, tak dapat tengok laut dan cahaya yang cantik ler......

    Boleh je nak makan, janji bukan ana yg belanja...

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)