Tuesday, July 13, 2010

Satukan UMNO - PAS : UMNO makin terdesak

Dah 2 hari Utusan Meloya menyiarkan di muka depan mengenai penyatuan UMNO-PAS demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam.

Semalam. Lokman Nor Adam, Panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Hari ini, juga di muka hadapan disiarkan sokongan beberapa golongan agama terhadap cadangan Lokman, antaranya mufti Perak: 

"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu.

"Perpecahan antara kedua-dua parti ini sebenarnya cukup memberi kesan kepada kedudukan Islam sekali gus kedudukan orang Melayu di negara kita. Malaysia adalah negara kita dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk ke mana harus kita pergi?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, penyatuan UMNO dan Pas akan membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam bertambah kuat.

Bagi aku, boleh je UMNO dan PAS bersatu, tetapi UMNO hendaklah melaksanakan dahulu dasar2 Islam dengan kuasa yang ada. Jadikan Islam sebagai dasar pemerintahan. Cegah segala kemungkaran. Jika UMNO amalkan Islam, aku rasa tak perlu sape suruh, PAS dulu yang akan offer. 

Ada faham?

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)