Tuesday, June 8, 2010

Baitul Muslim

Bermacam polemik yang timbul selepas aku beritahu mahu menutup blog. Undian blog menarik tiba2 je naik. Ada juga yang bertanyakan adakah aku mahu menutup blog disebabkan orang cakap tidak menarik. Ada juga yang memberikan kata2 semangat untuk aku terus berblog. Hehe. Terima kasih semua.

Sebenarnya hambatan masa menyebabkan aku jarang online. Sudah dua hari aku berada di kampung. Bercuti sempena cuti sekolah selama dua minggu. Juga melepaskan kerinduan pada mak dan ayah. Antara perkara yang mengejutkan aku ialah mak turut tahu aku punyai blog dan membacanya. Ini semua kerja adik2 aku.

Inilah kesibukan aku.

Aku kini membilang hari. Hari ini Selasa. Lepas Selasa, Rabu. Lepas Rabu, Khamis. Khamis ini merupakan detik bersejarah dalam hidup aku. Aku akan bergelar suami kepada seorang isteri.  Seorang menantu kepada mertua. Seorang adik ipar kepada abang dan kakak2 ipar. Seorang Ayah Su kepada anak2 saudara.

Aku seorang ahli jemaah begitu juga bakal zaujah.

Segala teori mengenai baitul muslim yang ramai orang suka bincang bakal aku realitikan. Ujian dan halangan untuk membina baitul muslim pastinya sudah menunggu aku. Hakikatnya bukan seindah kata yang meluncur keluar dari mulut. Baitul Muslim menuntut segala macam ilmu dan kefahaman serta kemahiran yang cukup untuk membinanya. Baitul Muslim bukannya keindahan yang boleh disilapmatakan tetapi memerlukan tindakan dan gerakkerja untuk mencapai keindahannya.

Nanti aku akan banyak menulis tema keluarga pulak.

6 comments:

  1. "..semoga bahtera rumahtangga yg bakal dibina dilimpahi rahmah dan barakahNYA...

    ..juga diberi kkuatan menghadapi mehnah & tribulasi mendatang...AMEEN."

    =doa seorg sahabat=

    ReplyDelete
  2. Semoga berbahagia..:-)
    x perlu tutup blog k..huhu

    ReplyDelete
  3. salam ABI...
    maaf x dapat datng..
    ana dah balik SABAH!!
    hihhi..
    smoga masjid yg baru dibina mndapat RahmatNya..
    amin..

    ReplyDelete
  4. Akhirnya dpt jgk tgk ABI 'kemas'.....

    ReplyDelete
  5. For u and zaujah:

    http://subtlefortitude.wordpress.com/2010/06/17/another-friend-settled/

    ReplyDelete
  6. terima kasih pada semua yg mendoakan kebaikan.

    anon,
    ABI kemas selalu cuma UMMI je yg nampak...hehe

    Subtle, terima kasih banyak2. Nanti kami belanja Milo Beng. huhu

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)