Saturday, April 10, 2010

TG Hj Hadi, enta tak tahu eh demokrasi tu haram?

TG Hj Hadi, enta tak tahu eh demokrasi tu haram?

Aku ni bukan ustaz. Tak reti nak syarah panjang2. Diploma Syariah pun tak ade. Degree lagilah.

Pasal demokrasi ni, bukan kita sahaja yang tahu, ulama2 kita khususnya dalam PAS pun tahu pasal demokrasi ni. Jangan ingat kita sahaja master pasal demokrasi lantas kita mengatakan tak mahu membantu PAS dalam hal siasah. Ape? Ulama2 PAS jahil pasal demokrasi? Ulama2 PAS tak pernah dengar perkataan demokrasi? Bila dah berilmu tu, jangan ingat kita je tahu. Lainlah macam aku ni, ape pun tak tahu. Bodoh sangat ke ulama2 PAS sampai tah tahu pasal demokrasi?

Senang cerita macam ni lah. Cari buku ni, baca sampai habis.

Isi kandungan buku ni macam ni.

Prakata
Bab 1 Islam yang Universal
Bab 2 Politik dan Agama
Bab 3 Pemisahan Politik dan Agama
Bab 4 Kelahiran Sekularisme
Bab 5 Sekularisme dan Islam
Bab 6 Islam dan Tamadun Lain
Bab 7 Prinsip Politk Islam
Bab 8 Konsep Politik Islam
Bab 9 Demokrasi
Bab 10 Prinsip Demokrasi
Bab 11 Konsep Demokrasi
Bab 12 Institusi Perwakilan
Bab 13 Demokrasi Barat dan Pengasingan Kuasa
Bab 14 Islam dan Ajaran Lain
Bab 15 Umat Islam dan Serangan Pemikiran
Bab 16 Persamaan dan Percanggahan
Bab 17 Islam dan Penjajahan
Bab 18 Syura Islam dan Demokrasi
Bab 19 Fikah Islam dan Demokrasi
Bab 20 Perbezaan Demokrasi dengan Islam
Bab 21 Gerakan Islam dan Demokrasi
Bab 22 Bandingan Negara Islam dan Barat
Bab 23 Ringkasan
Bacaan Tambahan

Dah habis baca? Apa citer?

7 comments:

  1. hmm..kenapa nta tak cerita je..ana ingatkan review buku tu.. atleas, bagi hint skit tentang isinya, boleh(selain yang dah dituls la~)?

    ReplyDelete
  2. Nora,
    Ana pastekan satu ringkasan buku Islam dan Demokrasi, TG Abdul Hadi Awang dari blog lain. Harap berpuas hati ye.. =)Hehe

    Akhtar

    ReplyDelete
  3. hm..terima kasih, ana dah baca. tapi macam mengelirukan jugalah.. maksud ana, isi buku tu.. ana pun pernah dengar yang demokrasi ni haram, tapi belum dapat penerangan/huraian yang jelas. tapi dalam buku ni, TG Hj Hadi mengupas dan cakap tentang kewajaran demokrasi.. adakah sebab ia hal furu', jadi ada khilaf? asif, banyak tanya pula.

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan gerakan Islam di dunia terlibat dengan demokrasi. Contoh PAS di Malaysia, HAMAS di Palestin, Ikhwan Muslimin, PKS di Indonesia, FIS di Algeria.

    Nanti saya cuba bincangkan dengan ditil sket.

    Akhtar

    ReplyDelete
  5. Bagi saya ringkasan itu sudah cukup jelas. Keterlibatan dalam demokrasi adalah kesepakatan sarjana Islam termasuk Dr Yusof Qardawi. Golongan yang popular mengharamkan secara qat'ie adalah Hizbut Tahrir.

    Akhtar

    ReplyDelete
  6. Apa hujah mengharamkan secara qatie? Hizbut Tahrir kata demokrasi haram qat'ie, tapi pilihanraya harus pulak. Kenapa begitu? Bukankah pilihanraya itu ciri demokrasi? Itulah sebabnya PAS mengemukakan hujah sepertimana dalam ringkasan tersebut. Ada persamaan dan perbezaan antara Islam dan demokrasi.

    ReplyDelete
  7. Haram qat'ie apabila ada nas yang jelas. Contohnya arak, judi, riba kerana ada dalil yang jelas dalam Al-Quran. Jika ada orang berhujah demokrasi haram qat'ie, minta bawakan dalil yang jelas.

    Akhtar

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)