Friday, April 9, 2010

Pesan Murabbi


Semalam aku makan-makan dengan seorang murabbi. Aku macam biasa, 'kue teaw goreng banjir Pak Syeikh' jadi pilihan aku. Murabbi menikmati lontong.

"Orang Kelantan mana makan lontong", awal-awal lagi murabbi usik aku. Pastu murabbi sambung lagi.

 "Umur awal 20-an ni carilah pengalaman sebanyak mungkin. Ana dulu sampai lapan jawatan. Bila umur dah masuk 30-an, barulah kita fokus tempat mana kita nak duduk. Masa ni kerja lebih berfokus."

"Kerja di negeri dan kawasan juga berbeza. Kat negeri, kita bagi arahan je. Tapi di kawasan kita kena punyai hubungan rapat dengan sahabat-sahabat satu kawasan. Jika ada 30 ajk pemuda, enta kena ada no hp setiap orang. Berbeza dengan kampus, kat kawasan, ajk terdiri dari pelbagai latarbelakang, tak semua suka program ilmiah dan tarbiah, jadi kita kena dekati mereka, petang-petang main bola sepak atau badminton dengan mereka, baru mereka suka dengan kita."

Aku dengar dengan teliti. Sesiapa sahaja yang bagi nasihat kat, semua aku dengar. Aku berkawan dengan semua untuk mencari pengalaman. Semua team aku berkawan, sebab nanti barulah aku boleh buat pilihan yang terbaik. Jika tidak, pilihan aku akan bias kerana tidak cukup maklumat.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)