Sunday, April 11, 2010

Berita Dari Seberang


Terima kasih atas ingatan dari seberang Laut China Selatan. Biarpun cuma satu sms ianya menggambarkan ukhuwah yang masih mekar; ingatan yang tidak pernah padam.

Terima kasih buat adik-adik Sarawak yang tidak melupakan aku. Kenangan di sana tetap aku ingat sampai bila-bila.

Aku agak sentimental bila bercakap mengenai Sarawak. Bukan apa, kat sanalah aku mula berjemaah, berukhuwah dengan sahabat-sahabat, berkorban dan terkorban. Terlalu banyak memori di Sarawak.

Masa semester pertama aku kat sana, tidak ada jemaah. Sem2 sebelumnya aku tidak pasti. Masa tu Tabligh sedang kuat. Otak aku pada masa tu sedang penuh dengan Imam Hasan Al Banna dan Ikhwan Muslimin. Jika Hasan Al Banna boleh buat, kenapa aku tidak boleh buat di kampus. Macam tulah aku fikir masa tu. Tika tu darah masih panas, semangat lain macam.

Usaha aku yang pertama yang aku ingat ialah aku jadi imam solat fardhu di surau kampus. Aku pakai ala-ala ustaz sket, senior2 tolak aku jadi imam. Dari situlah aku memperkenalkan diri dan membina hubungan dengan mad'u2. Akhirnya aku dah jadi regular imam untuk surau, walaupun ada senior2 lain. Sem pertama juga aku mengintai persatuan-persatuan Islam yang ada kat kampus. Aku jumpa Jawatankuasa Perwakilan Surau.

Sambung lain kali pulak. 

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)