Tuesday, April 13, 2010

Orang Cakap Aku Bodoh

Ni aku nak sambung entri Berita Dari Seberang. Ni kira kisah ekslusif aku pada awal pembabitan dalam jemaah.


Semester 2. Bila ada dah kesan satu persatuan Islam yang bernama Jawatankuasa Perwakilan Surau (JPS), aku cuba rapat dengan presidennya. Kebetulan orang kelantan. Pada masa itu JPS sedang sibuk buat persiapan untuk Kursus Kefahaman Islam (KKI). Aku pun menawarkan pertolongan dengan niat mendapatkan sesuatu sebagai balasannya. Dia bagi aku satu tugasan. Aku dikehendaki menaip semula senarai nama semua pelajar baru muslim. Ada la beberapa ratus orang je. Malam-malam, lepas kelas aku ke bilik presiden tadi. Hampir seminggu juga aku menaip senarai nama tu. Kadang-kadang aku tidur jam 1 pagi untuk menaip senarai nama tu, tapi yang selalunya jam 4 pagi. Aku pun hairan gak kenapa perlu taip balik, xde ke soft copy. Tapi aku biarkan je persoalan tu. Janji matlamat aku akan tercapai. Ada seorang senior aku, orang Kelantan, cakap aku bodoh kerana aku berpenat lelah buat kerja, presiden JPS rilek je. Aku tak peduli gak kata-kata tu.

Sebenarnya aku target untuk dipilih sebagai fasilitator. Secara tradisinya pelajar sem 3 ke atas sahaja boleh jadi fasilitator, tapi takkan aku nak tunggu satu sem lagi, lambat la. Akhirnya impian aku dimakbulkan Allah. Presiden tu akhirnya offer aku sebagai fasilitator. Aku sangat gembira. Perancangan aku berjaya. Alhamdulillah.

Bila dah jadi fasilitator KKI, aku gunakan betul-betul peluang tu untuk berkenalan dengan semua AJK JPS, lelaki dan perempuan. Aku juga cuba mengenalpasti fikrah hampir setiap AJK JPS. Akhirnya aku tahu bahawa AJK lelaki sebahagian besar dikuasai oleh golongan tabligh. AJK perempuan majoriti anti-tabligh. Aku rasakan penglibatan aku dalam KKI juga mencapai sebahagian target aku untuk merapatkan diri dengan AJK2 JPS yang berpengaruh.

Aku juga dimaklumkan oleh diorang pemilihan JPS akan diadakan pada akhir sem. Kepala aku cepat merangka strategi. Aku plan untuk bertanding dalam pemilihan AJK JPS. Aku mula kumpulkan sokongan. AJK perempuan yang memberi galakan dan menolong aku ialah Kak Mazni Aida, juga orang Kelantan. Dia juga berperanan mendapatkan sokongan untuk aku daripada AJK perempuan lain. 

Aku bertanding jawatan presiden JPS. Aku dikira underdog sebab aku budak baru, baru semester dua. Aku menentang seorang AJK lama. Dah 3 sem rasanya dia sebagai AJK JPS. Aku bertawakal. Bila keputusan di umumkan, perbezaan undi sangat tipis, cuma beberapa undi. Aku menang jawatan presiden JPS. Faktor kemenangan aku ialah sokongan daripada AJK perempuan. Ini orang kata orang perempuan hebat, tangan yang mengayun buaian boleh mengoncang dunia. Kerana perempuan jugalah sejarah dilakar di Sarawak.

Sambung lain kali pulak cerita masa semester 3. 

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)