Saturday, April 17, 2010

Perancangan Allah Maha Hebat

Aku baru sampai Melaka. Basah lencun. Hujan lebat yang amat. Tapi aku amat berpuas hati dapat jumpa sahabat2 petang tadi.

Tarikh 17 April 2010 memang aku tempah awal2. Program lain aku tolak tepi. Subuh tadi aku bangun penuh semangat. Mandi dengan perasaan tidak sabar. Lepas Subuh,  aku pakai jaket hitam dan helmet. Motor yang semalam dah servis aku hidupkan cepat2. Aku pulas pendikit minyak bagi asap keluar kaw-kaw. Kemudian aku pecut sedang-sedang macam biasa.

Menghampiri Alor Gajah, meter minyak tunjukkan tangki sedang ke arah kering. Aku singgah Petronas. Selesai je isi, brader jaga pam tegur aku. Minyak hitam bocor. Aku segera tunduk tengok. Minyak hitam menitik laju. Bahagian luar enjin dah basah dengan minyak hitam. Aku sorong motosikal ketepi sambil termenung panjang. Aku tak berani amik risiko. Motor jalan tanpa minyak hitam nanti boleh jam. Nak overhaul paling kurang kena ada ratus-ratus dalam poket.

Aku ambil keputusan yang sukar. Patah balik ke Melaka. Aku hantar sms pada sahabat maklumkan ketidakhadiran aku. Bila dah hampir sampai Bandar Melaka, aku dapat sms dari sahabat, mengharapkan aku mengusahakan sesuatu supaya dapat hadir.

Lantas aku pecut motor ke rumah tunang aku. Aku pinjam Myvinya. Nasib baik dia tidak jadi ke Hulu Selangor.

Mahalnya harga sebuah ukhwah.

Balik ke Melaka Allah beri ujian lagi. Hujan yang maha lebat. Terasa sakit bila titis2 hujan aku rempuh laju.

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)