Monday, April 19, 2010

Mereka Yang Hilang

Antara agenda utama yang dibincangkan semasa perjumpaan alumni jik Sarawak baru-baru adalah mengenai kehilangan beberapa orang sahabat daripada medan perjuangan.

Mengikut maklumat yang diterima, ada yang sudah bertukar jemaah dan ada yang 'beku'; mereka mungkin, Insya Allah masih menjadi muslim yang baik, tetapi tidak aktif di medan perjuangan ini.

Tetapi ada juga yang berubah, yang ini aku amat sedih. Sahabat yang pernah bergandingan bersama dahulu kini sudah berubah kepada kurang baik.

Tanggungjawab ini aku akan pikul selagi mana hayat masih ada.

Di perjalanan ini aku telah menyaksikan keciciran dan keguguran daripada jalan perjuangan. Sedangkan perjalanan aku masih jauh dan berliku.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)