Friday, April 16, 2010

Kasi Tip Top

Balik jumaat tadi aku singgah bengkel motosikal. Aku angkat minyak pelincir sebotol.

Sampai rumah aku salin pakaian kotor. Aku keluarkan playar dan spanar. Aku ambil satu botol minyak pelincir yang dah kosong, kemudian aku potong belah atas, jadikan bekas untuk tadah minyak hitam.

Aku tongkat jetkan RXZ aku. Kemudian aku isi minyak yang aku baru beli tadi. Kemudian aku letak minyak kat rantai sikit, kasi lancar. Signal depan yang baru semalam aku patahkan, hari ini aku ejas kasi elok balik.

Kemudian aku amik baldi, isi air separuh, tambah sabun sikit, aku kacau bagi berbuih. Aku sembur air kat motor aku. Pastu aku gosok penuh semangat. Rim depan belakang aku gosok bagi kilat-kilat.

Pendek kata, apa je yang tak elok, aku kasi elok.

Esok pagi bolehlah aku naik motor dengan gembira untuk jumpa sahabat-sahabat alumni jemaah Sarawak yang aku dah lama tak jumpa.

Aku rindu korang semua.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)