Friday, April 23, 2010

Bang, tayar pancit....

Pukul 7 lebih malam tadi, aku dan seorang sahabat ke masjid untuk solat Maghrib. Kami guna satu motor je. Aku bawa, sahabat bonceng. Dari rumah untuk ke masjid, ada satu simpang 4 lampu isyarat. Lampu masa tu merah. Lampu hijau je, aku segera belok kanan, masa sedang belok tu, tiba-tiba terdengar seseorang berteriak:

"Bang, tayar pancit"

Dia ulang dua kali. Aku berpaling ke arah suara tu. Lelaki 30-an pakai tshirt putih bawa 125. Aku dan sahabat segera tengok tayar.

Tayar ok je. Tak pancit. Macam biasa je. Tak nampak kempis pun.

Masa aku tengok lelaki tu tadi, aku perasan walkie talkie kat pinggang dia. Biasanya yang bawa walkie talkie merata ni dua orang je. Polis dan runner trak tunda je. Orang lain xde kerja nak usung walkie talkie.

Lepas Isyak, kami mahu pulang ke rumah, kami kena lalui simpang 4 tadi, bertentangan dengan arah tadi. Kami berborak pasal lelaki tadi. Kami agak hairan. Masa sedang borak tu, tiba2 sahabat aku beritahu lelaki tadi ada lagi. Jalan yang sama cuma arah tuju yang berlainan. Kami berada pada kedudukan untuk belok kanan, dia pada kedudukan terus, ke jalan kami datang tadi.

Kebetulan atau perancangan?

2 comments:


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)