Saturday, April 24, 2010

Ke Gunung Ledang

Semalam aku dan sahabat 'melawat' tamrin tarbawi sebuah sekolah. Perjalanan hampir 2 jam menggunakan motor ke Tangkak. Agak lama tidak merasai suasana tamrin menyebabkan aku agak bersemangat untuk hadir. Walaupun hujan renyai2 kami tetap teruskan perjalanan. Perjalanan ke Taman Negara Gunung Ledang pintu B amat memeritkan bagi sebuah motor. 15 minit menggunakan jalan tanah merah dikelilingi kelapa sawit pada jam 7 malam cukup mengguji kemahiran pemanduan.

Alhamdulillah, kami sampai hampir dengan maghrib. Sempat bersama solat. Rasa solat dalam tamrin memang berbeza dengan solat kat rumah. Lepas maghrib kami makan malam. Rasa makan malam kat tamrin juga berbeza dengan makan kat rumah. Semuanya lebih kat tamrin kerana makan kat tamrin banyak lauk. Ada lauk pengorbanan, ada lauk ukhwah dan banyak lagi la, tak habis nak makan.

Kami bertolak balik jam 10 lebih. Kali ini hujan agak lebat, membasahkan jaket yang kami pakai.

Sekarang ni diorang sedang mendaki Gunung Ledang. Biasanya antara 6 - 8 jam untuk sampai ke puncak.
Kali ni aku tidak berkesempatan tapi aku bercadang untuk mendaki pada tahun depan bersama sahabat2.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)