Thursday, April 22, 2010

Kawan Minta Tolong

Ada seorang kawan minta aku tolong. Dia minta aku tuliskan pasal tudung labuh. Dia sendiri bertudung labuh.

Majoriti sahabat muslimat aku bertudung labuh. Majoriti sahabat muslimin bergaya 'Islamik'. Cuma aku jer tak berapa 'islamik'. Aku macam biasa la, tshirt lusuh serta bertopi. Aku bercampur dengan pelbagai golongan. Jadi aku tahu la sikit sebanyak perangan dan kebiasaan beberapa golongan.

Jauhnya aku melalut. Sebenarnya kawan aku ni mengadu bahawa dia mengalami sedikit kesukaran apabila ada masyarakat sekeliling mengata mengenai tudung labuh dengan mengaitkan dengan akhlak. Kata-kata konservatif yang selalu kita dengar:

"Tudung je labuh, tapi mulut laser"
"Tak padan ngan tudung labuh, mulut mengata orang"
"Tudung je labuh tapi gurau boleh tahan"

Serta  bermacam-macam lagi. Perkara ni bukan baru, dah lama dah diperkatakan.

Aku tak mahu ulas pasal kewajipan menutup aurat, sebab ramai yang dah tahu. Kali ini aku nak cakap pada golongan yang bertudung labuh.

Bila bertudung labuh, secara automatiknya masyarakat akan pandai mereka yang bertudung labuh adalah manusia yang baik, berakhlak mulia.  Jadi tanggungjawab mereka yang bertudung labuh adalah untuk memastikan tidak berlakunya fitnah yang boleh mencemarkan imej Islam.

Tapi perlu diingat orang yang bertudung labuh bukannya malaikat jadi ada kemungkinan berlaku salah silap. Lagi pula, bila bertudung labuh, tidak semestinya akan bercakap lemah lembut. Orang yang bertudung labuh juga sama seperti manusia yang lain. Jangan set dalam kepala bila seseorang bertudung labuh, dia tidak boleh bersukan, bersosial, berbudaya, berpolitik dan lain-lain ber lagi.

Aku tak reti sangat nak tulis pasal tudung labuh sebab aku sendiri tak pakai tudung labuh. Tudung biasa-biasa pun tak pakai jugak. Mungkin mereka yang lebih arif boleh mengulas pasal ni.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)