Monday, March 8, 2010

PAS Tubuh Kolej Universiti


Alhamdulillah, PAS meneruskan langkahan dalam perjuangan menegakkan Islam dengan menubuhkan sebuah kolej universiti yang dinamakan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Nama KUIZM ini dipilih bersesuai dengan satu nama besar dalam perjuangan gerakan Islam dan pendidikan Islam negara iaitu Allahyarham Prof Zulkifli Muhammad, yang merupakan tokoh politik dan pendidikan Islam.

Beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS pada 1956 dan Ahli Parlimen PAS Kawasan Bachok, Kelantan pada tahun 1959-1964 terkorban dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Sebagai tokoh pendidikan Islam, beliau telah mencadangkan dan dengan gigih mengusahakan penubuhan Kolej Islam Malaya 1953, juga sebagai pencetus idea penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) pada 1965.

Berita penuh di Harakahdaily.

2 comments:

  1. Prof Zulkifli Muhammad..
    nama yg x akan dlupakan oleh ana & sahabat2 len..huhu

    org yg da mengasaskan sebuah kolej yg alhamdulillah sehingga kini masih lagi berada atas landasa perjuangan yang sama walaupun ditekan dengan berbagai dugaan dan cabaran...

    ReplyDelete
  2. Kematian Prof dikatakan konspirasi pihak musuh....

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)