Thursday, March 4, 2010

Kurang Kasih Sayang


Kita selalu dengar atau baca kisah anak-anak yang terlibat dengan aktiviti tidak elok seperti lepak, bohsia, rempit dan banyak lagi disebabkan kekurangan perhatian ataupun kasih sayang daripada ibubapa.

Sebahagian ibubapa fikir mereka sudah bagi yang terbaik untuk anak-anak. Mereka bagi tempat tinggal yang selesa. Duit belanja yang banyak. Pakaian yang elok. Game yang terbaru. Makanan yang sedap-sedap.

Tetapi anak-anak memerlukan lebih daripada itu.

Anak-anak perlukan perhatian. Anak-anak perlukan interaksi dan komunikasi. Anak-anak perlukan ibubapa sebagai teman dan kawan.

Aku bukan nak cerita pasal keibubapaan tetapi pasal jemaah.

Hidup dalam jemaah ni samalah macam hidup berkeluarga. Ahli-ahli jemaah bukan sahaja perlukan kebajikan fizikal tetapi perlukan juga kebajikan emosi dan sosial. Ahli-ahli juga perlukan interaksi dan komunikasi. Jangan ada 'gap' yang sangat luas diantara ahli.

Apa salahnya sesekali membelibelah bersama ahli. Ataupun bersiar di pantai. Ataupun bersukan bersama. Ataupun menonton TV sambil berborak.

Aku bercakap dalam konteks jemaah yang kecil ye.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)