Tuesday, March 9, 2010

Sikit Lagi Nak Kena Sepak


Pagi tadi. Aku lepak dalam bilik guru dengan beberapa orang ustaz. Aku sedang bersembang dengan seorang ustaz dekat meja dia. Tiba-tiba masuk dua orang pelajar perempuan. Salah seorangnya marah-marah ustaz tersebut sambil menangis. Aku cuba menangkap isi percakapan pelajar tersebut.

Rupanya dia didapati meniru semasa ujian bulanan. Kawan-kawan dia telah berikan ustaz tu satu buku tulis yang dia gunakan untuk meniru. Dalam buku tu ada macam-macam. Kira '10 in 1' la. Buku tersebut kira macam diari dia. Macam-macam yang dia tulis dalam tu. Itu sebab dia marah sangat-sangat.

Macam-macam dia marah kat ustaz tu. Aku masih 'cool'. Tiba-tiba pelajar tersebut ambil buku tu dari tangan ustaz dan baling buku tu atas meja ustaz. 'Temperature' aku naik secara automatik. Aku ambil kotak pensil dan aku tolak bahu dia. Kemudian aku tunjuk kotak pensil tu dekat muka dia.

"Kalau kau tak minta maaf dekat ustaz sekarang, aku sepak muka kau"

Nasib baik dia minta maaf dengan ustaz tu. Jika tidak ada la sejarah yang tercatat.


10 comments:

  1. astaghfirullah..somoga atas kesilapan yang dilakukan si adik tu, dia peroleh pengajaran.

    ReplyDelete
  2. budak2 zaman sekarang ni makin kurang budi bahasa dan adab.... cabaran untuk didik mereka....

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah...

    BH

    ReplyDelete
  4. Teringat balik saya masa sekolah dulu2 mcm mana.....

    ReplyDelete
  5. saya membaca dengan memabayangkan *sepak* dalam bola sepak.

    ngeri kejap.

    tapi bila baca sepak muka - rasanya memang sepak yang biasa sepak muka tu.

    banyakkan bersabar mendidik anak bangsa...

    ReplyDelete
  6. alamak...bro hilman pun ada gak ....terima kasih bro.. hehe

    Insya Allah...

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum, bahayanya bayangan amarah... orang dulu2 kata yang panas tidak boleh dibalas dgn yang panas juga... makin maraklah ia... sebaliknya, siramkan dgn yang sejuk,Insya'Allah redalah... tapi dalam konteks ni, ustaz lebih mengetahui keadaannya dan maha suci Allah yang juga maha bijaksana, lebih arif tentang segalanya. Mudah-mudahan tidak akan putus kesabaran diutuskan buat ustaz dan teman2 guru yang lain. Dan mudahan akan diberikan juga hidayah cetusan idea2 bernas dalam mendidik, insya'Allah... Wallahu'alam...

    Guru ibarat lilin.
    Membakar diri sendiri demi menerangi... Mudahan apinya tidak akan terlebih marak, mengancam keliling dalam semangat juangnya yang berkobar-kobar...

    tiba2 teringat kek hari jadi...

    -Bukan peminat kek,tapi klu dah diberi, makan juga...^-^-

    ReplyDelete
  8. INSAN,
    Insya Allah... Terima kasih atas pandangan. Teringat puisi Usman Awang tentang guru....

    Hehe, mesti selalu makan kek ni....

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum, syukran kathir juga kerana berlapang dada dan berfikiran terbuka. Tambahan, syukran juga kerana membuat blog ni. Nukilan2 saudara mampu membuatkan ana berfikir di luar kotak. Dh jadi 'ketagih' melawat blog ni... mungkin saudara Akhtar bole postkan puisi Usman Awang tu untuk dikongsi bersama...?

    mane ader...(sambil memotong kek...^_-)

    ReplyDelete
  10. INSAN,
    Puisi Usman Awang? Insya Allah saya postkan..

    makan kek sorang-sorang ye....

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)