Thursday, March 25, 2010

Jom Heboh Kelantan: PAS sudah lupa asas perjuangan Islam?


Jom Heboh akan di adakan di Kelantan buat pertama kalinya pada esok hari, 26 dan 27 Mac 2010. TV3 kerapkali menayangkan iklan Jom Heboh Kelantan. Nak tergelak gak tengok Karam Singh Walia cakap loghat Kelate...

Sudah terlalu banyak polemik dan cakap-cakap kedengaran di serata negara.

  • Adakah PAS sudah tidak islamik apabila membenarkan Jom Heboh di Kelantan?
  •  Adakah PAS sudah meninggalkan Islam sebagai asas perjuangan?
  •  Adakah PAS membenarkan Jom Heboh untuk kepentingan politik?
  •  Adakah TG Nik Aziz sudah lupa dengan fatwa pengharaman Sure Heboh oleh Tan Sri Harussani?
  •  Adakah PAS hanya pandai bercakap sahaja mengenai Islam?
  • Atau adakah PAS akan mempraktikkan keindahan Islam dalam pelbagai aspek melalui Jom Heboh ini?

Kita tunggu........

3 comments:

  1. Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

    Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

    Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

    Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

    Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

    Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

    “Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

    “Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

    Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

    Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

    Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

    ReplyDelete
  2. cerkLeng,
    wah...wah...cerkLeng ni mesti penyokong setia Tok Guru ni....

    -Akhtar-

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)