Tuesday, March 23, 2010

Kerna Dosa...


Pagi tadi aku bersiap macam biasa. Jam 7 aku bergerak ke sekolah dengan RXZ aku. Jalan macam biasa, sedang-sedang, nak kata jem tak juga. Aku tak berapa berani nak menyelit celah kereta-kereta yang banyak tu.

Sampai suku perjalanan ke sekolah, aku berhentikan motor dengan mengejut. Aku rilek sekejap. Kemudian aku patah balik ke rumah. Aku sms timbalan mudir maklumkan aku nak minta cuti hari ni. Sampai di rumah aku letakkan beg dan terus ke klinik. Lepas daftar aku tunggu nombor aku dipanggil. Terjumpa pulak dengan pensyarah aku. Encik Hameed. Dia juga nak dapatkan rawatan. Aku sembang sedikit sebanyak dengan dia. Melilau juga aku bila dia 'speaking'.

Nombor giliran aku dipanggil. Aku masuk bilik 16. Doktor buat pemeriksaan asas. Kemudian dia cakap: "Awak pergi buat ujian darah kat makmal kemudian datang sini balik." Bermacam kemungkinan bermain dalam kepala aku. Aku kena denggikah?

Alhamdulillah. Darah aku normal. Doktor bagi ubat demam dan selsema.

Aku rasa demam ni mesti peringatan dari Allah. Bila kita lalai Allah bagi kita ujian dan kesusahan supaya kita tidak lalai dan leka. Supaya mengingati Allah dan tidak melakukan maksiat kepadaNya.

Ya Allah, ampunilah semua dosaku. Banyak sungguh rasanya dosa-dosaku....

2 comments:

  1. "Allahumma anta syafi la syafi illa anta."

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas doa awak... Alhamdulillah saya sihat pagi ini.

    Akhtar

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)