Monday, March 22, 2010

Anak Luar Nikah: Pendidikan Seks atau Pendidikan Islam?


Berita Harian ada keluarkan berita ini. Aku tak mahu ulas panjang-panjang berita ni sebab semua orang tahu.

"2010/03/21
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Kesian pada anak-anak yang menjadi mangsa mereka yang bertuhankan nafsu. Anak-anak tidak bersalah tetapi terpaksa menerima hukuman daripada masyarakat yang mencemuh mereka sedangkan wanita dan lelaki itu yang celaka.

Dan.

Ada pihak yang mahu pendidikan seks di ajar di sekolah sebagai usaha membanteras masalah ini. Inilah pandangan mereka yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup. Pendidikan seks yang tidak berteraskan Islam tidak akan menyelesaikan masalah.

Bagi aku, pendidikan Islam perlu dijadikan subjek teras bagi semua peringkat pendidikan di negara ini. Sebab Islam ni syumul. Semua perkara diajar dalam Islam. Islam dah lama ajar 'pendidikan seks'. Antara yang aku ingat masa aku belajar dahulu ialah Islam mengajarkan ibubapa mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki dan wanita. Sebab itulah Nik Aziz kuatkuasakan undang-undang supaya pemaju perumahan di Kelantan bina rumah 3 bilik. Satu bilik ibubapa, satu bilik anak-anak lelaki dan satu bilik anak-anak perempuan. Perkara ini kena ajar dan praktis dari rumah lagi.

Kesimpulannya, pilih Islam Insya Allah semuanya selamat.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)