Tuesday, March 2, 2010

Jalak Kampung Tuah


Sebuah satira.

Jalak. Seekor ayam jantan. Jalak merupakan generasi terawal Persatuan Ayam Remaja Kampung Tuah (PARKT). Banyak yang Jalak dah lakukan untuk PARKT. Jalak bersama ayam-ayam yang lain telah merintis jalan untuk keselesaan ayam-ayam yang lain. Perjuangan Jalak bukan untuk dirinya tetapi untuk semua ayam di Kampung Tuah. Reban yang ada sekarang merupakan hasil usaha Jalak bersama-sama kawan-kawan seperjuangan. Jalak sangat menitikberatkan kebajikan ayam-ayam yang lain. Jalak juga pernah berhadapan dengan Musang yang cuba mengkucar-kacirkan PARKT. Jalak sanggup mengorbankan dirinya demi masa depan ayam-ayam lain.

Sampai ketikanya Jalak sudah menjadi ayam dewasa. Jalak sudah tidak berjuang didalam PARKT lagi, Jalak akan berjuang bersama Persatuan Ayam Kampung Tuah (PAKT). Tetapi Jalak masih berada dalam reban yang sama. Niat hatinya untuk membantu ayam-ayam remaja Kampung Tuah. Jalak fikir dia ada sesuatu yang boleh dikongsikan dengan PARKT.

Satu hari, PARKT ada buat Majlis Cari Cacing Untuk Anak Ayam (MCUA). Dulu, Jalak selalu terlibat dengan MCUA. Setakat untuk tunjuk contoh teknik kuisan yang betul pada anak ayam, Jalak boleh tolong. Tunggu punya tunggu, PARKT tak ajak Jalak untuk tolong-tolong masa MCUA.

Jalak agak terkilan sebab reban Jalak sendiri tak ajak Jalak untuk MCUA walaupun Jalak selalu sahaja dijemput oleh reban-reban lain untuk MCUA...

13 comments:

  1. Terasa ker,mungkin ahli2 Persatuan Ayam Remaja Kampung Tuah (PARKT) yang baru2 ni taknak menyusahkan Jalak,tambahan Jalak dah bergelar Persatuan Ayam Kampung Tuah (PAKT).Risau2 bila diundang Jalak mempunyai kerjaan lain tapi Jalak nak bantu gak sebab risaukan ahli2 Persatuan Ayam Remaja Kampung Tuah (PARKT) yang baru2, dan memnyusahkan Jalak.Mungkin itu yang mereka rasa.Jangan terasa lebih sangat,berlapang dada,yang lain mungkin terlepas pandang atau berfikiran sebaliknya,tapi dalam masa yang sama tak nak menyusahkan Jalak.

    ReplyDelete
  2. Semua manusia ada hati dan perasaan... Mana mungkin macam robot xd perasaan... Suara ini bukan sahaja suara jalak seorang tetapi yang seangkatan... Bila Jalak bersuara maknanya berlapang dada telah lama berlaku... Suara jalak adalah suara kemuncak...

    Ada orang cakap, sahabat ni untuk disusahkan...

    ReplyDelete
  3. Betul tu jalak,tapi kadang2 jalak kena ingat ader sahabat yang tak nak menyusahkan sahabat lain,tambah bila tahu sahabat tersebut tarafnya dah makin tinggi,ehm tapi mungkin ada salahnya di peringkat ahli2 Persatuan Ayam Remaja Kampung Tuah (PARKT) tu,terlepas pandang,ok2 betullah tu setiap orang ader perasaan yakni jalak sekalipun,baguslah kalau jalak ader konsep berlapang dada,maafkalah kesalahan ahli2 Persatuan Ayam Remaja Kampung Tuah (PARKT),yang masih naif,cadangannya,
    mungkin jalak boeh tegur sahabat2 baru ni...

    ReplyDelete
  4. Cerita ini takde kaitan ngan sesape yg masih hidup ataupun yg bakal mati.... Cerita ayam je ni....

    -Akhtar-

    ReplyDelete
  5. Huhu... Adakah Jalak ini Akhtar? (Confiusing...)

    -Pembaca blog-

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum,
    Wahai jalak, kadang2 setelah puas kita menawarkan bantuan tetapi tidak ada yang menyambut, redhalah. Mungkin belum sampai saat kita memberi pertolongan. Hikmah yang menanti mungkin bukan sekarang kita sedari tapi mungkin dalam 1 jam lagi @ mungkin selepas 3 hari @ 5 minggu @ 7 bulan @ 9 tahun kemudian?

    tiba2 lapar bertandang...nak kena kurangkan ayam zaman sekarang ni...

    -Peminat ayam goreng sambal-

    ReplyDelete
  7. Pembaca blog,
    huhu....

    Peminat ayam goreng sambal,
    saya minat ayam goreng berempah....

    ReplyDelete
  8. Catatan oleh sahabat, Ustaz Faisal diblognya juga menarik untuk dibaca. Mengenai ADAB...

    http://faisalmustaffa.wordpress.com/2010/03/05/ana-nak-jemput-anta-berceramah/

    "Inilah kelemahan generasi baru dakwah yang tidak memahami sensitiviti orang lain. Ustaz Hasrizal sendiri pernah meluahkan di dalam blognya berkaitan perkara sebegini yang sering berlaku dalam kalangan individu yang menggelarkan dirinya sebagai ahli gerakan dakwah."

    -Akhtar-

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum,
    anonymous, ayam berempah pun ana minat juga...^_-

    Jalak, jika Jalak punya kemampuan (dari setiap segi-cth:keberanian,ilmu&masa), tegurlah. mmg benar ana melihat pada waktu kini antara yang jelas kelihatan pada jemaah atau golongan yang menggelar diri mereka pendakwah ialah kekurangan kefahaman tentang sensitiviti dan PR. Bila kita berbaik dengan orang2 besar atau berpangkat, itu tidak bermakna kita membodek. Sama halnya bila kita berbuat baik pada guru2 kita. Ia tidak bermakna kita mengampu... Pada ana, jika ada yang berpendapat tindakan2 ini termasuk dalam kategori membodek@mengampu...sayang skali. Tidak cukup luas pemikirannya dalam menimbang sesuatu perkara...sama halnya dgn Jalak. Mmg kita kata yg afdhalnya Jalak dijemput tapi...

    Andai dipanjangkan pemikiran tapi tu, kesalannya takkan berkesudahan Jalak...
    Wallahu'alam...

    nak derma darah tapi haemoglobin tak cukup pula...adakah sebab tak cukup makan daging...?(betulke makan daging boleh tambah sel darah merah...?biologi...betapa aku merinduimu...huhu)

    -Peminat daging Qorban-

    ReplyDelete
  10. INSAN,
    Saya cukup bersetuju pasal PR. Mungkin boleh anjur bengkel PR untuk para daie bagi memantapkan lagi labgkahan perjuangan...

    Teringat kat lec yg ajar PR masa kampus dulu...

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum... Saudara Akhtar, betul juga kan...? erm... kena rancang betul2 ni... cabaran berpersatuan...

    *masihkah bercerita tentang ayam...? ^_-*

    Lagi 10 minit nak gerak g kelas HR...

    ReplyDelete
  12. INSAN,
    * Jalak dah kena sembelih dah... untuk jamuan pertunangan Kerongsang Hijau...hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, sian Jalak... takpe ye Jalak, dirimu tetap dikenang... berkorban demi kebahagian org lain...xapa-apa kan...?

    *Saudara Akhtar, pesan kat kerongsang hijau, kena share lauk ayam tuk jamuan tuu...^_-*

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)